feed rss2

Archive for the 'Liga Super 2012' Category

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Selasa, 14 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 - 2 Lions XII

Perak tampil malam tadi sambil dibayangi saingan Piala F.A yang hanya dua hari selepas perlawanan ini. Dalam perlawanan ini, Perak mempertaruhkan kesebelasan utama sama seperti sebelum ini sambil K Nantha Kumar

Babak pertama, 20 Minit pertama dilihat Perak menguasai permainan dengan baik. Namun begitu, minit ke 35 muncul Kapten LionXII Mohd Shahril Ishak meledakkan gol mencuri peluang tatkala kelam kabut di hadapan gol Perak untuk gol pertama Lion XII.

Babak kedua, Perak bermula baik apabila setelah 5 minit perlawanan berlangsung, Lazar Popovic dikasari dalam kotak penalti dan Michal Kubala berjaya menyudahkan sepakan penalti untuk gol penyamaan. Pun begitu, Minit ke 74 segalanya berubah apabila Mohd Shahril Ishak muncul lagi untuk meletakkan LionXII di depan… Continue reading

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Selasa, 14 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Setelah berputih mata di Kuala Terengganu Sabtu lalu, Perak dijangka bangkit dalam menghadapi perlawanan ke 8 Liga Super 2012 menentang pasukan dari seberang Tambak Johor, Lions XII.

Sememangnya, perlawanan ini sukar diramal dan akan menjanji aksi yang mendebarkan. Ini kerana tiada rekod pertemuan sebelum ini di antara kedua-dua pasukan sebelum ini.

Jika dilihat pada kedudukan terkini, Lions XII kini 4 mata di belakang Perak menduduki tangga ke 4 Liga hasil daripada 3 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan. Namun begitu, dalam dua perlawanan terakhir, mereka mempamerkan kebangkitan iaitu membenam N.Sembilan 3-1 Sabtu lalu dan seri 1-1 dengan Selangor pada hari Rabu yang lalu. Kebangkitan ini seharusnya diberi perhatian oleh Haji Norizan Bakar dan penggerak-penggerak utama skuad Singa ini seperti Shahril Ishak, Jumaat Jantan… Continue reading

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Rabu, 08 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 - 1 Sarawak

3 mata yang amat berharga. Perak telah berjaya membuatkan Sarawak pulang dengan tangan kosong semalam. Sekali lagi kelibat Michal Kubala menjadi igauan ngeri buat pelawat dengan jaringan pembukaan di minit ke 7.

Sarawak yang hadir dengan misi mencari mata berharga dalam menebus kehampaan lalu dilihat gagal mempamerkan aksi memberansangkan. Perak bermula garang dengan 30 minit pertama sudah di depan dengan dua gol. Minit ke 24 muncul Fazrul Hazli yang menyambut hantaran silang Nor Hazrul Mustapa dengan tandukan cantik menewaskan Sani Anuar Kamsani.

Selepas itu, lapan minit kemudian, Sarawak berjaya mendapat sepakan penalti dan mengubah kedudukan 2-1 sekali gus menghidupkan peluang untuk menyamakan kedudukan.

Babak kedua, Perak sepatutnya menambah jaringan namun deretan peluang terhidang gagal disudahkan oleh… Continue reading

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 11 Februari 2012
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu
8.45 Malam

Ini merupakan perlawanan pertama yang diharungi skuad Seladang sebagai pendahulu baharu Liga Super 2012. Sudah tentu peluang sebegini jarang-jarang dapat dinikmati oleh Perak dan semestinya kedudukan ini akan cuba dikekalkan bagi memastikan Perak berjaya menamatkan kemarau kejuaraan. Walaupun perjalanan Liga Super 2012 masih panjang, namun Perak kini wajar ditempatkan sebagai di antara pencabar utama, andai kata mampu mengekalkan momentum dan mempertajamkan sentuhan serangan.

Bertemu T-Team di gelanggang lawan bukan satu persaingan mudah, walaupun rekod Liga Super 2011 menunjukkan Perak mempunyai kelebihan namun, T-Team pada tahun ini dilihat lebih menyerlah dan mempamerkan corak persembahan yang mampu memerangkap lawan. Untuk rekod Liga Super 2011, Perak terikat tanpa jaringan dengan T-Team di gelanggang lawan dan menang 2-0 dalam perlawanan di Ipoh.

Perlawanan ini… Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]