feed rss2

Archive for the 'Liga Super 2011' Category

logo-liga-201.jpg

Rabu, 6 Jul 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 0 - 0 Selangor

Ternyata Perak tidak mudah melepaskan mata diperlawanan terakhir Liga Super 2011 dengan berjaya mengikat Selangor 0-0.

Biarpun menerima asakan bertalu-talu seawal separuh masa namun ianya bukanlah satu masalah yang besar buat pertahanan Perak yang diketuai oleh Mohd Khairi Zainuddin.

Separuh masa kedua, Perak tampil lebih garang dibantu dengan persembahan kurang baik yang dipamerkan oleh pemain-pemain Selangor yang kebanyakannya adalah pemain utama kebangsaan ketika ini.

Peluang demi peluang terhidang buat barisan serangan Perak, namun ketumpulan serangan jelas dan ketiadaan Akmal Rizal Rakhli amat dirasai. Antara pemain yang melepaskan peluang terbaik untuk menjaringkan gol adalah Mohd Shazuan Matthew dan Nazri Kamal yang masuk menggantikan Shafiq Jamal yang kurang menyerlah.

Jika dilihat secara keseluruhannya, Perak berhak memperoleh 3 mata penuh berdasarkan mutu permainan yang… Continue reading

logo-liga-201.jpg

Rabu , 6 Julai 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Ini merupakan perlawanan terakhir siangan Liga Super 2011. Selangor akan menjadi tetamu di Ipoh dengan misi untuk mencari 3 mata penuh dalam memastikan impian mereka menjadi juara liga menjadi kenyataan.

Biarpun juara liga masih diawangan yang menyaksikan persaingan 3 penjuru iaitu antara Kelantan, Selangor dan Terengganu. Jika kesemua 3 pasukan ini mencatatkan kemenangan dalam perlawanan terakhir ini, Kelantan akan dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2011.

Bagi Perak, berada di kelompok 6 terbaik liga dilihat sudah memadai dan ia merupakan kedudukan yang terbaik selepas beberapa musim bergelut dengan konsistensi ditambah pula dengan masalah dalam pentadbiran persatuan.

Namun begitu, Perak mampu menambah mata memperbaiki kedudukan. Saingan dikelompok ini menyaksikan Harimau Muda, Kedah dan Perak bersaingan untuk merebut kedudukan ke 5 liga. Harimau Muda… Continue reading

logo-liga-201.jpg

Selasa, 14 Jun 2011
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru
8:45 Malam

Kelantan 1 - 0 Perak

Kelantan ternyata hebat. Dengan kemenangan itu, juara lagi masih diambang tiga penjuru antara Kelantan, Selangor dan Terengganu.

Babak pertama kita disajikan dengan permainan yang baik daripada pasukan Perak dengan menguasai bola namun tiada penyudah yang baik untuk Perak mendahului. Minit ke 20, Perak ditimpa malang berganda apabila Akmal Rizal diusung keluar akibat terjahan oleh S Subramaniam dan selepas itu Mohd Syahman menghadiahkan sepakan penalti selepas menjatuhkan Nor Shahrul Idlan dalam kotak penalti.

Namun begitu, sepakan penalti itu berjaya dihalang untuk Perak kembali bernafas untuk memburu gol.

Babak kedua, Kelantan memperkemaskan jentera tengahnya dan Nor Shahrul Idlan Talaha menebus kekecewaan dengan menjaringkan gol pada minit ke 53.

Perak gagal bangkit selepas itu biarpun cuba untuk mengatur semula… Continue reading

logo-liga-201.jpg

Selasa, 14 Jun 2011
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru
8:45 Malam

Perak bakal berdepan tugasan agak sukar di dua perlawanan terakhir Liga Super 2011. 14 Jun 2011 akan bertandang ke Kota Bahru untuk membuat perhitungan dengan Skuad Kijang sebelum bertandang ke Shah Alam menentang Selangor 6 Jul 2011 depan.

Misinya mudah, menang di Kota Bahru dan menang di Shah Alam. Di atas kertas, Perak dan Kelantan dilihat seimbang ditambah pula dengan rekod perlawanan pertama yang mana Perak membelasah Kelantan 4-0. Namun begitu, bukan tugas yang mudah sebenarnya untuk menjinakkan Sang Kijang yang dirundung luka. Sudah semestinya mereka akan mengubati luka Piala FA apabila menentang Perak nanti.

Kelebihan bermain di laman sendiri akan dipergunakan sebaiknya. Pun begitu, Perak yang berehat panjang memiliki kelebihan dengan pemain-pemain yang cergas 100% akan diturunkan malam… Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]