Posted in In Person on April 28th, 2008 17 Comments »
Tarikh: 26 April 2008
Lokasi: Stadium Perak, Ipoh
Penulis kali ini cukup bertuah kerana mendapat peluang untuk menemuramah seorang bekas pemain Perak yang pernah mewakili Kuala Lumpur suatu ketika dahulu iaitu saudara Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib (PPT, PJK).
Dilahirkan di Ipoh dan menjalani alam persekolahan di Teluk Intan, penulis melihat beliau sebagai seorang individu yang mempunyai perwatakan yang tegas namun cukup mudah didekati, berkarisma dan mempunyai wawasan yang tersendiri.
Kelibatnya sewaktu membantu pasukan Kuala Lumpur meraih kejuaraan berganda Piala Malaysia 1988 & 1989 serta kejuaraan Piala FA tahun 1993 dan 1994 tidak mungkin dapat disangkal oleh setiap penyokong skuad wargakota pada waktu itu.
Kini beliau bertugas sebagai Pengarah Pembangunan Bolasepak Perak untuk memantau dan mengenalpasti bakat-bakat muda dari seluruh pelusuk negeri Perak dan diserapkan ke pasukan utama negeri serta seterusnya meningkatkan mutu bolasepak…
Posted in In Person on February 7th, 2008 2 Comments »
Tarikh: 25 Januari 2008
Waktu: 10.45mlm - 11.00mlm
Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil
Penulis berpeluang untuk menemuramah Ahmad Fakri Saarani iaitu pemain muda pasukan Perak musim lalu yang kini bermain dengan Harimau Muda sebagai penyerang yang menyarung jersi nombor 10.
Anak muda yang agak pemalu dan murah dengan senyuman ini cukup mudah untuk didekati serta tidak menghampakan penulis untuk menjawab soalan-soalan yang diberi selepas perlawanan antara Harimau Muda menentang Plus FC tempohari.
Nama beliau mula bermain di bibir peminat bolasepak musim lalu apabila telah membantu pasukan Perak menewaskan Negeri Sembilan dengan 5 gol berbalas 1 pada 24 Mac 2007. Beliau sendiri telah menjaringkan hattrik pada perlawanan itu serta membantu rakan lain menjaringkan gol.
Beliau dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan dan dibesarkan di Batu Gajah, Perak serta pernah mewakili pasukan Kebangsaan Bawah 19 tahun ketika menentang pasukan
Posted in In Person on June 8th, 2007 1 Comment »
Tarikh: 4hb Jun 2007
Waktu: 2.30ptg - 4.00ptg
Tetamu kedua artikel “In Person” kali ini ialah seorang peminat bolasepak negeri Perak yang bekerja dan tinggal di Pulau Pinang. Nama beliau ialah Mohd. Yazi Baki dan menggunakan nama pena Yong Ayu di dalam artikel beliau.
Dilahirkan di Batu Gajah, beliau mula serius menyokong pasukan Perak bersama isteri sejak dari tahun 1999. Beliau kerap menghantar artikel yang baik untuk pengunjung di seladang.net.
Berikut adalah antara temubual yang dicatatkan oleh penulis:
Penulis: Bilakah Yong mula terlibat aktif menyokong skuad Seladang?
Yong Ayu: Pada tahun 1999 saya mendapat dua tiket percuma untuk menonton perlawanan bolasepak antara Perak bertemu Perlis di Stadium Perak, Ipoh. Setelah tertarik menonton bolasepak di stadium berbanding dengan menonton di TV, pada tahun-tahun berikutnya, saya dan isteri sentiasa pergi ke stadium setiap kali Perak turun bermain
Posted in In Person on May 4th, 2007 1 Comment »
Tarikh: 2hb May 2007
Waktu: 11.30pagi - 1.00ptg
Lokasi: Zainuddin Kedai Gunting Rambut, Teluk Intan, Perak.
Tetamu pertama artikel “In Person” ini ialah salah seorang peminat bolasepak negeri Perak yang cukup dikenali di sekitar bandar Teluk Intan. Din atau nama sebenar beliau Zainuddin telah menjalankan perniagaan menggunting rambut sejak dari tahun 1983.
Berumur awal 40an dan berpengalaman sebagai tukang gunting rambut selama 24 tahun, beliau mula membabitkan diri secara aktif dalam arena bolasepak Perak semenjak tahun 1989 lagi.

Berikut adalah antara temubual yang dicatatkan oleh penulis:
Penulis: Apa pandangan saudara tentang prestasi semasa Perak sekarang?
Din: Secara umumnya permainan Perak sekarang memang berbeza dari beberapa tahun yang lalu, agak konsisten dan sentiasa menang cuma rasa kecewa bila kalah dengan pasukan yang kurang menyerlah dalam persaingan liga.
Penulis: Pandangan saudara pasukan Perak agak fobia bila bertemu