Category Archives: Piala FA 2013

Piala F.A 2013 | Darul Takzim FC vs Perak (result)

 

SDN KV JATA

Jumaat,25 Januari 2013
Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus
8.45 Malam

Darul TakzimFC 1 – 0 Perak

Secara keseluruhannya, bolehlah disimpulkan bahawa Perak yang kurangnya bernasib baik. Jika diukur usia pemain kedua-dua pasukan memang jauh berbeza. Tetapi, pemain-pemain muda Perak membuatkan ramai yang terpegun Dan teruja dengan aksi dipamerkan. Di usia begini mereka mempamerkan aksi yang lebih matang Biarpun Pada satu ketika mereka melakukan kesilapan, namun ianya belum cukup untuk memadam keterujaan penonton yang pertama Kali menyaksikan aksi mereka.

Benar, kalah atau menang adat pertandingan. Perak hampir-hampir mengaibkan ‘hero-hero malaya’. Secara positifnya, Perak mempamerkan peningkatan Dan sudah pasti barisan pertahanan mendapat pujian melebihi bahagian lain. Sekali Gus memaksa barisan serangan lawan bergelut untuk mencari gol. Selepas ini mungkin khidmat Shahrulnizam Mustafa bolehlah dilupakan terus. Ini kerana SDN percaya jika Sivakumar diberikan peluang bermain secara berterusan prestasinya akan meningkat. Begitu juga dengan Norhakim Isa yang tidak gentar atau gugup Biarpun berdepan dengan lawan yang kononnya hebat.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)