Jumaat 6 Jun 2008
Stadium Gresik, Surabaya
6.00 pm
Indonesia 1 - 1 Malaysia
Skuad Malaysia berjaya mengikat pasukan Indonesia dengan keputusan seri 1 sama pada perlawanan persahabatan yang berlangsung petang semalam. Ketua pasukan Mohd Shukor Adan telah menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 32 melalui satu tandukan setelah mendapat hantaran lintang dari Hardi Jaafar.
Terdahulu pasukan Indonesia mendapat gol pendahuluan melalui tendangan penalti oleh Bambang Pamungkas setelah beliau dijatuhkan oleh Aidil Zafuan Abdul Radzak di dalam kotak penalti Malaysia pada minit ke 25.
Kesebelasan Utama Malaysia
Penjaga Gol:
Helmi Eliza Elias (Kedah)
Pertahanan:
Norhafiz Zamani Misbah (Pahang)
Aidil Zafuan (Negeri Sembilan)
Daudsu Jamaluddin (Johor FC)
Irwan Fadzli Idrus (MyTeam)
Tengah:
Shukor Adan (Selangor)
Amirulhadi Zainal (Selangor)
Indra Putra Mahayuddin (Selangor)
Hardi Jaafar (Perak)
Serangan:
Safee Sali (Selangor)
Zaquan Adha (Negeri Sembilan)
6 Pertukaran Sepanjang Permainan:
S. Subramaniam (Perak) - Irwan Fadzli (MyTeam)
Khyril Muhymeen (Kedah) - Amirulhadi Zainal (Selangor)
Azi Shahril Azmi (Perlis) - Hardi Jaafar (Perak)
K Soley (Perlis) -…
Jumaat 6 Jun 2008
Stadium Gresik, Surabaya
6.00 pm
Petang ini skuad Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Indonesia di Stadium Gresik, Surabaya pada pukul 6 petang. Perlawanan ini bertujuan untuk menguji tahap keserasian pemain senior dan bawah 23 tahun kebangsaan selain untuk meningkatkan ranking FIFA jika berjaya memenangi perlawanan tersebut.
Malaysia yang menduduki tangga ke 169 dunia akan berhadapan dengan Indonesia yang berada di kedudukan 131. Seramai 20 orang pemain menjadi pilihan jurulatih B. Sathianathan dengan kejutan menggugurkan penyerang Kuala Muda, Liew Kit Kong yang juga penjaring terbanyak tempatan bagi liga premier dan memasukkan penyerang PDRM yang bertukar dari Perlis, Nizaruddin Yusof.
Skuad Kebangsaan Malaysia
Penjaga Gol:
Helmi Eliza Elias (Kedah)
Badrulzaman Abdul Halim (PKNS)
Pertahanan:
Norhafiz Zamani Misbah (Pahang)
S. Subramaniam (Perak)
Aidil Zafuan Abdul Radzak (Negeri Sembilan)
Daudsu Jamaluddin (Johor FC)
Chun Keng Hong (Pulau Pinang)
Irwan Fadzli Idrus (MyTeam)
Juzaili Samion (MyTeam)
Tengah:
Shukor Adan (Selangor)
Amirulhadi Zainal (Selangor)
Indra…
Pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Indonesia pada 7 Jun 2008 ini. Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk memperbaiki ranking Malaysia yang kini semakin nazak di tangga ke 169.
Perlawanan yang akan diadakan di Jakarta ini, turut memperlihatkan seramai 26 pelatih skuad senior dipanggil menjalani latihan pusat termasuk 7 pelatih skuad bawah 23 tahun. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat ialah 33 orang.
Mampukah pasukan Malaysia menewaskan pasukan Indonesia yang menduduki tangga ke 131 dunia sewaktu artikel ini ditulis?. Sama-samalah kita nantikan kemampuan sebenar skuad kendalian B. Sathianathan nanti.
Senarai pelatih skuad senior:
Penjaga gol:
Helmi Eliza Elias (Kedah)
Badrul Zaman Abdul Halim (PKNS)
Farizal Marlias (Shahzan Muda)
Pertahanan:
Norhafiz Zamani Misbah (Pahang)
Rosdi Talib (Pahang)
Chun Keng Hong (Pulau Pinang)
Fauzi Nan (Perlis)
Chan Wing Hong (Perak)
S Subramaniam (Perak)
Aidil Zafuan Abdul…

Ahad 25 Mei 2008
Nigeria Vs Australia
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
8:45PM
Perlawanan akhir untuk kejohanan Piala Antara Benua ialah antara Nigeria menentang pasukan Australia pada pukul 8:45 malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Perlawanan malam ini dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan menampilkan skuad yang akan beraksi pada sukan Olimpik di Beijing nanti.
Tiket berharga RM 10 untuk tempat duduk biasa dan RM 20 untuk grandstand boleh dibeli untuk menonton perlawanan ini…

Hari ini akan berlangsung 2 perlawanan peringkat separuh akhir untuk Piala Antara Benua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Nigeria Vs Chile
6:30PM
Australia Vs Ireland
9:00PM…
Salam sejahtera semua,
Berita dalam laman web rasmi Asian Football Confideration bertarikh 20 Mei 2008 benar-benar mengecewakan penulis. Malaysia mendapat penarafan gred D dalam evaluasi liga bolasepak tempatan oleh AFC.
Evaluasi ini adalah bertujuan untuk menilai semula syarat kemasukan pasukan dari liga tempatan ke AFC Champions League yang akan membuat pembaharuan pada musim depan. Apa yang lebih mengecewakan apabila Vietnam dan Singapura diberi gred C dimana beberapa aspek teknikal mampu dibaikpulih untuk ditingkatkan ke gred B.
Manakala Indonesia diberi gred B setanding dengan liga bolasepak Australia. Nampak kita semakin jauh ke belakang dan FAM serta Persatuan Bolasepak Negeri harus bekerjasama dalam mengembalikan maruah Malaysia di pentas dunia.
Mungkin berita dalam laman rasmi AFC ini tidak dihebahkan demi menutup aib yang sudah perit bagi peminat tempatan membacanya. Apa sudah jadi dengan FAM? Malahan kriteria yang…