feed rss2

Archive for the 'Bolasepak Malaysia' Category

Ahad 25 Julai 2010
Stadium Nasional Bukit Jalil
5:00 petang

Pasukan kebangsaan Malaysia akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang skuad Korea Selatan Olimpik 2012 pada Ahad ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Majoriti pemain skuad pelawat adalah pemain yang berumur di antara 19 dan 20 tahun sahaja.

Tiket-tiket berharga RM 10 untuk orang dewasa serta RM 5 untuk kanak-kanak bagi tempat duduk biasa. Manakala untuk tiket grandstand pula dijual dengan harga RM 30. Tiket-tiket mulai dijual seawal pukul 10 pagi pada hari perlawanan tersebut… Continue reading

Pihak SDN telah dimaklumkan oleh ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah tentang 2 pemain Perak yang dipanggil untuk menghadiri sesi pemilihan dan latihan skuad kebangsaan Malaysia pada 22 Mac hingga 2 April 2010 di bawah kendalian K. Rajagobal sebentar tadi.

2 dari 27 pemain yang dipanggil ialah penyerang Saufi Sa’aidi dan pertahanan, Hafiszuan Salehuddin. Mereka akan menjalani latihan di kem kebangsaan sebelum bertolak ke Thailand untuk menentang pasukan kelab dari Thailand, BEC Tero Sasana pada 25 Mac.

hafiszuan_saufi.jpg

Nota: Hafiszuan Salehuddin (kiri) dan Saufi Sa’aidi (kanan)

Ini adalah persiapan awal untuk menghadapi kempen Sukan Asia di Guangzhou pada 12 hingga 27 November depan yang terhad kepada pemain bawah 23 tahun sahaja. Pihak SDN mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada kedua-dua Continue reading

Sabtu 27 Februari 2010
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

Skuad kebangsaan Malaysia akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Yemen pada petang ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Yemen ketika ini menduduki tangga ke 105 ranking FIFA berbanding Malaysia di tempat ke 159.

Tiket-tiket berharga RM 10 untuk orang dewasa serta RM 5 untuk kanak-kanak mulai dijual di pintu pagar BIRU berdekatan dengan MSN pada pukul 5:30 dan masuk pada 6:45 petang.

Rekod 3 perlawanan terakhir Malaysia:

06 Jan 2010 - UAE 1:0 Malaysia
18 Nov 2009 - Malaysia 1:3 Uzbekistan
14 Nov 2009 - Uzbekistan 3:1 Malaysia

Rekod 3 perlawanan terakhir Yemen:

20 Jan 2010 - Yemen 3:0 Bahrain
15 Jan 2010 - Yemen 3:1 Kenya
06 Jan 2010 - Yemen 2:3 Japan… Continue reading

AFC Asian Cup 2011 Qatar | Group C

United Arab Emirates (UAE) 1 - 0 Malaysia

Rabu 6 Januari 2010
Stadium Al-Shabab
7:00PM (UAE) 11:00PM (Malaysia)… Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]