Posted in AFF Suzuki Cup 2008 on December 10th, 2008 9 Comments »

10 Disember 2008
Surakul Stadium, Phuket
5:00PM
Thailand 3 - 0 Malaysia
Sutee Suksomkit 23′
Teerasil Dangda 46′, 76′
Pasukan Malaysia menamatkan kempen Piala AFF Suzuki 2008 apabila tewas kepada pasukan tuan rumah Thailand dengan keputusan 3 - 0 pada perlawanan terakhir kumpulan B yang berlangsung di Stadium Surakul, Phuket.
Dengan kemenangan ini pasukan Thailand telah mengesahkan tempat mereka pada perlawanan suku akhir menentang Indonesia manakala Vietnam pula hampir pasti melayakkan diri apabila menentang lawan paling lemah dalam kumpulan B iaitu Laos.
Peluang Malaysia untuk layak amatlah tipis setelah tewas kepada pasukan Vietnam dalam perlawanan terdahulu dengan keputusan 3 - 2.
Barisan Malaysia:
Syed Adney
Zamani Misbah
Aidil Zafuan
Juzaili Samion
Asraruddin Putra
Amirul Hadi
Hairuddin Omar - 46′
Shukor Adan
Indra Putra - 67′
Zaquan Adha
Safee Sali
Pertukaran:
Khyril Muhymeen - 46′
Hardi Jaafar - 67′ Continue reading
Posted in AFF Suzuki Cup 2008 on December 7th, 2008 3 Comments »

6 Disember 2008
Surakul Stadium, Phuket
5:00PM
Malaysia 3 - 0 Laos
Safee Sali 68′, 87′
Indra Putra Mahayuddin 73′
Pasukan Malaysia sekadar mencatatkan kemenangan 3 - 0 keatas Laos pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2008 yang berlangsung di Stadium Surakul, Phuket. Gol pertama Malaysia hadir pada minit ke 68 melalui Safee Sali hasil tandukan menarik setelah menerima hantaran dari sepakan sudut Indra Putra Mahayuddin.
Lima minit berselang, Indra Putra pula meledakkan gol kedua Malaysia melalui satu sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti Laos sebelum Safee Sali sekali lagi menghasilkan gol ketiga pasukan pada minit-minit terakhir permainan.
Pada satu lagi perlawanan kumpulan B, Thailand berjaya menewaskan pasukan Vietnam dengan keputusan 2 - 0. Dengan keputusan tersebut Malaysia kini mendahului kumpulan B berdasarkan Continue reading
Posted in AFF Suzuki Cup 2008 on December 5th, 2008 7 Comments »

Satu-satunya pemain Perak yang masih berada dalam kem pasukan kebangsaan ialah S. Subramaniam yang telah bertolak pagi semalam menaiki pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia untuk menyertai Piala AFF 2008 di Phuket, Thailand.
Beliau yang sentiasa mengikuti perkembangan bolasepak Perak turut mengharapkan peminat-peminat bolasepak di Perak memberikan sokongan padu kepada pasukan ‘baru’ Perak musim hadapan. Beliau juga menyatakan tidak sabar untuk bersama rakan sepasukan Perak yang lain sebaik sahaja selesai tugas bersama pasukan kebangsaan Continue reading