feed rss2

Archive for the 'AFC Cup 2008' Category

AFC Cup 2008 | Group E
Rabu 30 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan kelima kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan New Radiant di Stadium Perak, Ipoh. Perlawanan pertama pada 11 Mac 2008 telah dimenangi oleh Perak dengan jaringan 3 gol berbalas 1.

Carlos Caceres telah berjaya menyumbat 2 gol serta satu gol lagi dari Khalid Jamlus. Cuaca di Stadium Nasional Male ketika itu cukup panas kerana perlawanan diadakan pada sebelah petang dan bukannya malam seperti kebiasaannya.

Berdasarkan kepada rekod lalu, Perak sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menewaskan New Radiant kali ini ditempat sendiri. Namun seperkara yang mengejutkan telah berlaku dimana pasukan New Radiant telah berjaya mencatatkan keputusan seri 1 sama ketika bertemu SAFFC di Stadium Jalan Besar, Singapura tempohari.

Secara matematiknya, pasukan…

AFC Cup 2008 | Group E

Rabu 16 April 2008
Mong Kok Stadium
8:00PM

Kitchee SC 2 - 2 Perak

Barisan Perak

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly

Khalid Jamlus - Carlos Caceres

 

Separuh masa pertama:

Minit 16: Gol pertama pasukan Perak dijaringkan oleh Carlos Caceres melalui tandukan hasil hantaran dari sebelah kiri pintu gol Kitchee SC oleh Danial Fadzly.

Tamat separuh masa pertama dengan laporan yang kami terima mengatakan permainan kedua-dua pasukan seimbang setakat ini dengan berbalas-balas serangan namun tiada tambahan gol berjaya dilakukan. Ada kemungkinan Khalid Jamlus akan dikeluarkan pada separuh masa kedua nanti untuk digantikan oleh Razali Umar. Laporan seterusnya akan menyusul nanti.

Separuh masa kedua:

Minit 49: Pasukan Kitchee…

AFC Cup 2008 | Group E
Rabu 16 April 2008
Mong Kok Stadium
8:00PM

Perlawanan keempat dalam kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan Kitchee SC di Mong Kok Stadium, Hong Kong. Pada perlawanan pertama yang lalu pada 2 April 2008, pasukan Perak telah berjaya menumbangkan pasukan Kitchee SC dengan jaringan 2 gol berbalas 1 di Stadium Perak, Ipoh.

Penyumbang gol pertama Perak ialah Hardi Jaafar seawal minit ke 10 manakala pasukan lawan dapat menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua minit ke 72. Namun Mario Berrios telah menyelamatkan pasukan Perak dengan gol terakhir pada waktu tambahan masa iaitu minit ke 92.

Soalnya, adakah kita mampu untuk menewaskan pasukan Kitchee SC di gelanggang mereka sendiri yang hanya mampu memuatkan kira-kira 8500 orang itu? Penulis sebenarnya…

Info | AFC Cup 2004

Kejohanan Piala AFC 2004 adalah antara pencapaian terbaik skuad seladang di bawah kendalian Toni Netto apabila mampu untuk melangkah sehingga ke peringkat suku akhir apabila tewas kepada wakil dari Singapura, Geylang United FC dengan keputusan 3-5 dalam perlawanan timbal balik kalah mati.

Barisan pemain pasukan Perak ketika itu Senarai Pemain Perak Musim 2004

Kumpulan D
Zon Timur

11 Februari 2004
Perak 2 - 0 Valencia

  • Frank Seator m45, m60

25 Februari 2004
Happy Valley 1 - 2 Perak

  • Ambassa Gerard m6
  • Frank Seator m72
  • Khalid Jamlus m80

6 April 2004
Perak 2 - 2 Home United

  • Goncalves m2
  • Sutee m18
  • Khalid Jamlus m56
  • Frank Seator m77

20 April 2004
Home United 2 - 2 Perak

  • Sutee m7
  • Khalid Jamlus m14
  • Liew Kit Kong m35 - gol sendiri
  • V. Saravanan m90

5 Mei 2004
Valencia 0 - 1 Perak

  • Luciano Goux m41

19 Mei 2004
Perak 2 - 1 Happy…

AFC Cup 2008 | Group E

Rabu 2 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 2 - 1 Kitchee SC

Barisan Perak

Hamsani Ahmad

S. Subramaniam - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly

Mohd Nor Ismail - Razali Umar

Minit 1: Perak membuat sepak mula dengan permainan lebih dikuasai oleh pasukan tuan rumah. Penonton di Stadium Perak dianggarkan kurang dari 1000 orang.

Minit 10: Perak memperolehi gol yang pertama melalui Hardi Jaafar yang merembat dari kotak penalti hasil dari hantaran ketengah oleh Danial Fadzly.

Minit 40: Permainan kedua-dua pasukan seimbang dengan Kitchee SC mula mengasak hebat ke kubu Perak sebaik sahaja ketinggalan satu gol. Barisan tengah Perak pula lebih banyak dijana oleh Hardi Jaafar dan larian

AFC Cup 2008 | Group E
Rabu 2 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan ketiga kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak kali ini ialah bertemu pasukan Kitchee SC dari Hong Kong di Stadium Perak, Ipoh. Pasukan ini mempunyai gelanggang sendiri yang diberi nama Mong Kok Stadium dan mampu memuatkan kira-kira 8500 orang penonton.

Pasukan ini telah dilaporkan tiba di Ipoh tatkala pasukan Perak sedang menentang pasukan Sarawak di Kuching Ahad lalu. Ini membuatkan pasukan seladang seolah-olah sedang bermain pada perlawanan luar kerana terpaksa pula bergegas pulang ke semenanjung untuk bermain sebagai pasukan tuan rumah.

Rekod perlawanan mereka dalam liga domestik Hong Kong agak baik kerana sentiasa sahaja berada dalam situasi empat pasukan terbaik dalam mana-mana kejohanan yang disertainya. Pasukan ini telah memenangi League Champion sebanyak

AFC Cup 2008 | Group E

Selasa 18 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 1 - 6 Singapore Armed Forces

Barisan Perak

Nasril Nourdin

K. Nanthakumar - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Hardi Jaafar - Jorge Munoz

Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - Danial Fadzly

Carlos Caceres - Khalid Jamlus

Separuh masa pertama:

Minit 6: Gol pertama SAFFC hasil dari sepakan percuma di luar kotak penalti.

Minit 20: Razali Umar masuk menggantikan Carlos Caceres.

Minit 30: Perak membuat pertukaran mengeluarkan Shahrulnizam yang cedera, memasukkan Azlan Zainal.

Minit 42: Gol kedua pasukan SAFFC

Minit 45: Gol pertama dari pasukan Perak dijaringkan oleh Mario Berrios hasil sepakan penalti setelah pemain Perak dijatuhkan di dalam kotak penalti SAFFC.

Tambahan masa: 2 minit

Ulasan: Gol pertama SAFFC dilihat lebih kepada kesilapan mudah dari penjaga gol

AFC Cup 2008 | Group E
Selasa 18 Mac 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan kedua kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan Singapore Armed Forces FC di Stadium Perak, Ipoh. Pasukan yang lebih dikenali sebagai SAFFC ini, mempunyai gelanggang sendiri yang diberi nama Choa Chu Kang Stadium dan mampu memuatkan kira-kira 4000 orang penonton sahaja.

Walaupun nama stadium mereka mirip sitcom komedi Phua Chu Kang yang membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak apabila menontonnya, namun prestasi semasa mereka tidaklah mampu untuk kita tertawakan.

Untuk rekod tatapan semua, pasukan Singapore Armed Forces FC adalah juara bertahan S.League dua tahun berturut-turut iaitu pada 2006 dan 2007. Untuk musim 2008 ini mereka menduduki tangga pertama S.League setelah melalui 5 perlawanan dari jumlah 33 perlawanan keseluruhan.

Penyerang utama mereka, Aleksandar

« Prev - Next »

[Valid CCL]