feed rss2

Archive for the 'AFC Cup 2008' Category

AFC Cup 2008

Sabtu 24 Mei 2008
AFC House
1:00 petang

Undian peringkat suku akhir timbal balik kalah mati Piala AFC 2008 akan diadakan pada hari ini, 24 Mei 2008 bertempat di Rumah AFC pada pukul 1 petang. Perlawanan suku akhir akan diadakan pada 16 dan 23 September manakala peringkat separuh akhir pada 7 dan 21 Oktober.

Perlawanan akhir akan diadakan pada 31 Oktober dan 7 November 2008. Menariknya pasukan yang menjadi juara dan naib juara Piala AFC 2008 ini berpeluang untuk bertanding secara “playoff” untuk menyertai AFC Champions League 2009.

8 pasukan yang layak:

Dempo (India)
Muharraq (Bahrain)
Safa (Lebanon)
Al Nahda (Oman)
Kedah (Malaysia)
Perak (Malaysia)
Home United (Singapore)
SAFFC (Singapore)

Keputusan undian akan diumumkan sejurus selepas undian tamat pada ruangan artikel di bawah.

Suku Akhir 1
Perak (Malaysia) Vs Safa (Lebanon)

Suku Akhir 2
SAFFC… Continue reading

AFC Cup 2008 | Group E

Rabu 14 Mei 2008
Stadium Jalan Besar
7:45PM

SAFFC 0 - 2 Perak

Barisan Perak

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - Jorge Munoz - Hardi Jaafar - Danial Fadzly

Carlos Caceres - Razali Umar

 

Minit 19: Gol pertama Perak dijaringkan oleh Ahmad Shahrul Azhar.

Minit 60: Perak dilihat cuba mempertahankan kelebihan 1 gol apabila membawa masuk S. Subramaniam dan mengeluarkan Danial Fadzly.

Minit 66: Gol kedua pasukan Perak dijaringkan oleh Hardi Jaafar melalui satu rembatan jarak jauh yang menerjah gawang lawan.

Minit 80: Perak membuat pertukaran kedua apabila memasukkan Nor Hazrul dan mengeluarkan Ahmad Shahrul Azhar.

Minit 85: Perak membuat pertukaran terakhir apabila mengeluarkan Carlos Caceres dan memasukkan Mohd Nor Ismail.

Permainan tamat dengan keputusan Perak menewaskan… Continue reading

AFC Cup 2008 | Group E
Rabu 14 Mei 2008
Stadium Jalan Besar
8:45PM

Perlawanan terakhir kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan Singapore Armed Forces FC di Stadium Jalan Besar, Singapura. Stadium yang mampu memuatkan kira-kira 6000 orang penonton ini dilengkapi dengan rumput tiruan dan bukannya rumput biasa seperti kebanyakkan stadium lain.

Satu masalah utama yang dihadapi oleh pasukan yang bermain di padang rumput tiruan ini ialah pergerakan bola yang cukup laju dan pantas. Hanya pasukan yang mempunyai kecergasan yang tinggi sahaja mampu mengusai padang seumpama ini.

Rekod Perak sebelum ini ketika menentang pasukan Singapore Armed Forces FC ialah tewas di halaman sendiri dengan jaringan yang cukup memalukan iaitu 6 gol berbalas 1. Gol tunggal pasukan Perak ketika itu dijaringkan oleh Mario Berrios… Continue reading

AFC Cup 2008 | Group E

Rabu 30 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 3 - 0 New Radiant

Barisan Perak

Nasril Nourdin

Khairi Zainuddin - Mario Berrios - S. Subramaniam

Shahrulnizam - Jorge Munoz - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Chan Wing Hoong

Carlos Caceres - Razali Umar

Minit 36: Gol pertama pasukan Perak dijaringkan oleh Jorge Munoz hasil keadaan kelam kabut didepan pintu gol New Radiant.

Minit 38: Entah apa yang berlaku rentetan bentesan pemain New Radiant keatas Shahrulnizam, pemain berjersi 12 telah dilayangkan kad merah. Tidak lama kemudian 2 orang lagi turut dilayangkan kad merah kerana mengutip kad kuning kedua. New Radiant bermain 8 orang pemain diwaktu ini.

Tamat separuh masa pertama dengan 3 orang pemain New Radiant dibuang padang. Sabah Ibrahim, Ahmad Mohamad… Continue reading

AFC Cup 2008 | Group E
Rabu 30 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan kelima kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan New Radiant di Stadium Perak, Ipoh. Perlawanan pertama pada 11 Mac 2008 telah dimenangi oleh Perak dengan jaringan 3 gol berbalas 1.

Carlos Caceres telah berjaya menyumbat 2 gol serta satu gol lagi dari Khalid Jamlus. Cuaca di Stadium Nasional Male ketika itu cukup panas kerana perlawanan diadakan pada sebelah petang dan bukannya malam seperti kebiasaannya.

Berdasarkan kepada rekod lalu, Perak sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menewaskan New Radiant kali ini ditempat sendiri. Namun seperkara yang mengejutkan telah berlaku dimana pasukan New Radiant telah berjaya mencatatkan keputusan seri 1 sama ketika bertemu SAFFC di Stadium Jalan Besar, Singapura tempohari.

Secara matematiknya, pasukan… Continue reading

AFC Cup 2008 | Group E

Rabu 16 April 2008
Mong Kok Stadium
8:00PM

Kitchee SC 2 - 2 Perak

Barisan Perak

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly

Khalid Jamlus - Carlos Caceres

 

Separuh masa pertama:

Minit 16: Gol pertama pasukan Perak dijaringkan oleh Carlos Caceres melalui tandukan hasil hantaran dari sebelah kiri pintu gol Kitchee SC oleh Danial Fadzly.

Tamat separuh masa pertama dengan laporan yang kami terima mengatakan permainan kedua-dua pasukan seimbang setakat ini dengan berbalas-balas serangan namun tiada tambahan gol berjaya dilakukan. Ada kemungkinan Khalid Jamlus akan dikeluarkan pada separuh masa kedua nanti untuk digantikan oleh Razali Umar. Laporan seterusnya akan menyusul nanti.

Separuh masa kedua:

Minit 49: Pasukan Kitchee… Continue reading

AFC Cup 2008 | Group E
Rabu 16 April 2008
Mong Kok Stadium
8:00PM

Perlawanan keempat dalam kumpulan E, Zon Timur Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak ialah menentang pasukan Kitchee SC di Mong Kok Stadium, Hong Kong. Pada perlawanan pertama yang lalu pada 2 April 2008, pasukan Perak telah berjaya menumbangkan pasukan Kitchee SC dengan jaringan 2 gol berbalas 1 di Stadium Perak, Ipoh.

Penyumbang gol pertama Perak ialah Hardi Jaafar seawal minit ke 10 manakala pasukan lawan dapat menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua minit ke 72. Namun Mario Berrios telah menyelamatkan pasukan Perak dengan gol terakhir pada waktu tambahan masa iaitu minit ke 92.

Soalnya, adakah kita mampu untuk menewaskan pasukan Kitchee SC di gelanggang mereka sendiri yang hanya mampu memuatkan kira-kira 8500 orang itu? Penulis sebenarnya… Continue reading

Info | AFC Cup 2004

Kejohanan Piala AFC 2004 adalah antara pencapaian terbaik skuad seladang di bawah kendalian Toni Netto apabila mampu untuk melangkah sehingga ke peringkat suku akhir apabila tewas kepada wakil dari Singapura, Geylang United FC dengan keputusan 3-5 dalam perlawanan timbal balik kalah mati.

Barisan pemain pasukan Perak ketika itu Senarai Pemain Perak Musim 2004

Kumpulan D
Zon Timur

11 Februari 2004
Perak 2 - 0 Valencia

  • Frank Seator m45, m60

25 Februari 2004
Happy Valley 1 - 2 Perak

  • Ambassa Gerard m6
  • Frank Seator m72
  • Khalid Jamlus m80

6 April 2004
Perak 2 - 2 Home United

  • Goncalves m2
  • Sutee m18
  • Khalid Jamlus m56
  • Frank Seator m77

20 April 2004
Home United 2 - 2 Perak

  • Sutee m7
  • Khalid Jamlus m14
  • Liew Kit Kong m35 - gol sendiri
  • V. Saravanan m90

5 Mei 2004
Valencia 0 - 1 Perak

  • Luciano Goux m41

19 Mei 2004
Perak 2 - 1 Happy… Continue reading

AFC Cup 2008 | Group E

Rabu 2 April 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 2 - 1 Kitchee SC

Barisan Perak

Hamsani Ahmad

S. Subramaniam - Mario Berrios - Chan Wing Hoong

Shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly

Mohd Nor Ismail - Razali Umar

Minit 1: Perak membuat sepak mula dengan permainan lebih dikuasai oleh pasukan tuan rumah. Penonton di Stadium Perak dianggarkan kurang dari 1000 orang.

Minit 10: Perak memperolehi gol yang pertama melalui Hardi Jaafar yang merembat dari kotak penalti hasil dari hantaran ketengah oleh Danial Fadzly.

Minit 40: Permainan kedua-dua pasukan seimbang dengan Kitchee SC mula mengasak hebat ke kubu Perak sebaik sahaja ketinggalan satu gol. Barisan tengah Perak pula lebih banyak dijana oleh Hardi Jaafar dan larian Continue reading

Next »

[Valid CCL]