Author Archives: Daniyal

Liga Super 2012 | Selangor PKNS Vs Perak (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 3 Mac 2012
Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor
8:45 Malam

Selangor PKNS 2 – 2 Perak

Perak sekali lagi melepaskan peluang untuk merampas teraju Liga Super 2012 apabila sekadar seri 2-2 dengan Selangor PKNS di gelanggang lawan semalam. Keputusan itu menyebabkan Perak kini jatuh dua anak tangga berada di kedudukan keempat, mengumpul 16 mata, ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Kelantan yang bakal turun menentang Negeri Sembilan malam ini. Perak terus dihantui masalah ketumpulan jentera serangan yang masih gagal menghasilkan gol dan terus bergantung kepada situasi nasib dan kemampuan jentera tengah untuk mendapatkan jaringan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Selangor PKNS vs Perak (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 3 Mac 2012
Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor
8.45 Malam

Setelah berehat panjang, Perak memulakan kembali perjuangan di dalam Liga Super 2012 menentang pasukan tangga ke-11, Selangor PKNS. Di atas kertas segala-galanya nampak mudah kepada skuad Seladang, namun apa yang menggusarkan ialah kemampuan Selangor PKNS mendatangkan upset kepada pasukan-pasukan yang menduduki tangga teratas Liga Super 2012. Jika dilihat kepada rekod terkini selepas lapan perlawanan, Selangor PKNS boleh digelarkan sebagai pasukan ‘pakar seri’ selepas mencatatkan enam keputusan seri, dan hanya sekali tewas dan sekali menang.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | T-Team Vs Perak (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 11 Februari 2012
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu
8:45 Malam

T-Team 2 – 0 Perak

Perak melepaskan peluang untuk terus menerajui liga apabila tumpas di tangan T-Team di gelanggang lawan sebentar tadi. Keputusan itu menyebabkan Perak kini jatuh satu tangga berada di kedudukan kedua, mengumpul 15 mata, ketinggalan dua mata di belakang Kelantan. Ketumpulan jentera serangan skuad Seladang jelas menjadi mimpi buruk buat pasukan apabila beberapa peluang yang dicipta gagal dimanfaatkan untuk mendapatkan gol.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | T-Team vs Perak (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 11 Februari 2012
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu
8.45 Malam

Ini merupakan perlawanan pertama yang diharungi skuad Seladang sebagai pendahulu baharu Liga Super 2012. Sudah tentu peluang sebegini jarang-jarang dapat dinikmati oleh Perak dan semestinya kedudukan ini akan cuba dikekalkan bagi memastikan Perak berjaya menamatkan kemarau kejuaraan. Walaupun perjalanan Liga Super 2012 masih panjang, namun Perak kini wajar ditempatkan sebagai di antara pencabar utama, andai kata mampu mengekalkan momentum dan mempertajamkan sentuhan serangan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)