About Us

Untuk makluman pengunjung semua, ruangan ini akan memaparkan sejarah awal penubuhan laman web Seladang E-Fan Soccer Club sejak dari mula sehingga kini termasuklah perubahan yang pernah dilakukan.

Portal pertama adalah berkonsepkan forum IPB yang didaftarkan secara percuma di InvisionFree pada 25 November 2005 dengan mengetengahkan pelbagai topik yang berkaitan pasukan bolasepak negeri Perak Darul Ridzuan dan juga lebih 20 topik umum lain.

Pada waktu itu URL yang digunakan ialah: [http://z13.invisionfree.com/seladang]

Ruangan Panel Admin
Invisonfree Forum Admin Panel

Pada 29 Disember 2005, pihak kami telah menukar URL domain setelah mendapat bantuan kewangan dari beberapa ahli yang sudi menderma untuk membantu perkembangan laman web ini.

Secara rasminya URL baru kami ialah: [http://www.seladang.net]

Banner seladang.net
Banner Baru seladang.net

Email Pendaftaran Domain
Domain Rasmi

Oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan serta kurangnya sambutan pengguna terhadap forum ini maka pihak kami telah menukar konsep forum tersebut kepada konsep Buku Tetamu atau Guestbook untuk mengurangkan tahap penyeliaan dari pihak kami pada 7 September 2006.

Buku Tetamu atau Guestbook
Buku Tetamu

Selepas hampir 7 bulan berlalu, pihak kami dengan dibantu oleh beberapa lagi anak watan Perak telah menghidupkan semula laman web ini dengan langkah pertama menukar konsepnya kepada ruangan Blog ataupun Journal yang memuatkan pelbagai artikel yang berkaitan pasukan bolasepak Perak Darul Ridzuan yang menggunakan CMS WordPress sebagai platform.

Langkah seterusnya ialah dengan mendaftar di Free Hostia pada 17 April 2007 untuk mendapatkan web hosting percuma yang di lengkapi dengan kemudahan PHP dan MySQL serta mampu menerima platform CMS WordPress dengan sempurna.

Pengesahan Email Free Hostia
Web Hosting Free Hostia

Setelah hampir 2 minggu bertungkus-lumus mempelajari selok belok penggunaan CMS WordPress ini maka pada 1 Mei 2007 secara rasminya laman web seladang.net ini telah dilancarkan dengan interface yang sedia ada kini dengan jayanya.

Laman Web Berwajah Baru
Laman Web Baru Seladang

Laman web seladang.net ini telah mendapat sambutan yang agak baik sehingga pihak kami telah beberapa kali menerima email amaran tentang penggunaan bandwidth yang tinggi dari pihak Free Hostia.

Rentetan dari itu pihak kami telah sekali lagi menukar sistem web hosting percuma ini kepada web hosting berbayar pada 29 Mei 2007 dengan melanggan di IPServerOne.

Pengesahan Email IPServerOne
Web Hosting IPServerOne

3 Oktober 2007, pihak kami telah melancarkan satu lagi laman web yang berkonsepkan Wiki iaitu Perak FA Wiki yang menggunakan sub domain: perak-fa.seladang.net

Laman Wiki ini mengandungi banyak informasi dan maklumat tentang penglibatan pasukan bolasepak Perak Darul Ridzuan dalam kancah Liga Bolasepak Malaysia. Namun begitu laman Wiki ini masih perlu di kemaskini secara konsisten dari masa kesemasa.

Perak FA Wiki
Perak FA Wiki

28 November 2007, ruangan FORUM telah dibuka untuk kemudahan ahli-ahli berdaftar bertukar pendapat dan pandangan tentang hal-hal semasa yang tidak berkaitan dengan bolasepak Perak.

18 Januari 2008, ruangan FORUM telah ditutup kerana mengalami masalah teknikal. Ruangan DIRECTORY telah diwujudkan untuk mengisi slot tersebut. Rujuk tajuk ini untuk keterangan lanjut: Pengumuman | Directory & Forum

Ruangan Forum
Forum

27 November 2008, seladang.net telah diiktiraf sebagai platform rasmi untuk Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menyampaikan maklumat dan berita terkini tentang perjalanan pasukan bolasepak Perak. Rujukan: Perak FA | Majlis Menandatangani Kontrak Musim 2009

4 Disember 2008, ruangan PLAYER’s telah dibuka bagi memudahkan peminat berinteraksi secara terus dengan pemain kegemaran mereka.

11 Februari 2008, ruangan DIRECTORY ditutup kerana mengalami masalah teknikal.

Kini setelah lebih setahun berlalu sejak awal pelancarannya pada tarikh 1 Mei 2007, seladang.net telah mencatatkan lebih 100,000 ribu kunjungan unik.

Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna yang telah mengunjungi laman web ini dan misi kami seterusnya adalah untuk membuat lebih banyak liputan terhadap perkembangan bolasepak Perak Darul Ridzuan secara khusus dan bolasepak Malaysia secara amnya.

Terima Kasih

admin
Un’bi’as – free from bias or prejudice
1 Mei 2008

Likes(0)Dislikes(1)