UNIFI Liga Super 2018 | Perak vs Pkns Fc(Result)

Sabtu, 10 April 2018
Stadium Tldm,Lumut
9.00 Malam

PERAK  0  -  2  PKNS FC

Ramazotti (M2/62)

Beraksi tanpa penonton, pasukan Perak memperagakan satu mutu persembahan yang agak longlai sehinggakan di awal awal minit perlawanan, gawang gol Perak di bolosi hasil bola yang terkena palang, selepas rembatan deras Morales yang melantun di hadapan Ramazotti dengan mudah beliau menjaringkan gol tersebut.

Walaupun di minit ke 8 seharusnya Leandro mampu untuk mencipta nama sebagai penjaring, tetapi rembatan jarak jauh beliau hanya sekadar mampu singgah di tiang gol walaupun penjaga gol pasukan pelawat telahpun tertewas.

Pasukan Perak mampu menguasai perlawanan biarpun mereka memperagakan satu mutu persembahan yang begitu hambar, di mana peluang begitu banyak untuk menjaringkan gol, tetapi diatas kealpaan barisan pemain pasukan tuan rumah menyebabkan peluang yang terhidang dibiarkan begitu sahaja.

Pasukan Perak memulakan perlawanan di separuh masa yang kedua terus melakukan asakan di samping itu Norhakim Hassan menjadi pemain pertama perlawanan ditukar dengan memasukkan Nizad Ayub.

Sewajarnya sehingga ke minit 56, kedua dua pasukan mampu menambah jaringan, iaitu di antara minit ke 54 menerusi percubaan Faris Ramli buat pasukan Pkns, manakala pasukan Perak menerusi Gilmar di minit ke 56. Namun kedua dua percubaan tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil.

Gol kedua terhasil di minit ke 62 berpunca dari sepakan percuma yang diambil oleh Mahali Jusaili. Tersentap dengan jaringan tersebut, Misagh menjadi pemain kedua dengan digantikan Muhammad Rafiuddin, dimana jelas prestasi Misagh tidak membantu dalam perlawanan kali ini.

Pasukan Perak, bukan sahaja gagal menyempurnakan peluang yang terhidang, malah barisan hadapan pasukan Perak gagal melakukan percubaan tepat dan merbahaya kearah gawang gol pasukan pelawat.

Ibarat seperti terkena sumpahan, di mana dua peluang yang wajib dijaringkan oleh Nizad Ayub dan Rafiuddin di 10 minit terakhir perlawanan dengan mudah disia siakan. Begitu juga Gilmar yang merembat kurang tepat kearah gawang gol pasukan di minit ke 88 selepas menerima hantaran menarik menerusi Wander Luiz.

 

Barisan pemain yang diturunkan:

GK  MUHAMAD HAFIZUL HAKIM
DF  SHAHRUL MOHD SAAD(c)
DF  ROBERT CORNTHWAITE
DF  AMIRUL AZHAN AZNAN
DF  NAZIRUL NAIM
MF LEANDRO DOS SANTOS
MF KENNY PALLRAJ
MF MISAGH BAHADORAN / Muhammad Rafiuddin
MF NORHAKIM HASSAN / Nizad Ayub
ST WANDER LUIZ
ST GILMAR JOSE DA SILVA

Pengadil Perlawanan: zulkarnain zakaria

Kenny Pallraj – kad kuning
Shahrul Saad – kad kuning

Likes(5)Dislikes(2)

Leave a Reply