UNIFI Liga Super 2018 | Perak vs Pkns FC (Preview)

Sabtu, 10 Feb 2018
Stadium TLDM, Lumut
9.00 Malam

(BERAKSI TANPA PENONTON)

Pasukan Perak terpaksa beraksi di laman sendiri tanpa riuhan dan sorakan penyokong akibat kesalahan segelintir penyokong ketika bertemu pasukan dari selatan tanah air dalam saingan Piala Fa musim lepas. Apa yang lebih memeritkan isu pembayaran gaji yang tertunggak juga mula hangat diperkatakan di akhbar dan laman sosial.

Sudah pasti ianya sedikit mengugat semangat barisan pemain tuan rumah, di mana musim lepas juga hukuman yang sama di lalui buat pasukan Perak.

Mengikut prestasi pemain pemain pasukan Perak dalam 2 perlawanan awal, mereka masih lagi gagal mempamerkan corak permainan yang menarik dan hantaran yang tepat, malah adakala mereka sedikit longlai di pertengahan perlawanan, ianya perlu di perbaiki bagi memastikan perlawanan ketiga sekali lagi berjaya merangkul 3 mata berharga.

Mehmet Duracovic perlu melakukan giliran pemain, bagi memastikan tahap kecergasan pemain sentiasa berada di tahap maksimum, dengan merehatkan beberapa pemain utama bagi memberi ruang kepada barisan pemain simpanan memperagakan aksi mereka.

Antara yang perlu diberi peluang iaitu penyerang muda Khairul Ashraf, pertahanan pasukan Rafiq dan Syazwan Zaipol, di mana kedudukan posisi Wander Luiz boleh diletakkan bersama sama Leandro di posisi tengah, manakala Nazrin nawi mampu untuk beraksi sepanjang 90 minit di posisi sayap kanan atau di sayap kiri.

Penulis berpendapat, Mehmet seharusnya tidak meragui keupayaan barisan pemain dari kumpulan yang kedua, kerana kualiti kesemua pemain untuk musim ini memiliki taraf dan kualiti yang sama. Maka ianya memberi ruang untuk memastikan pemain pemain lain tidak tumpul dengan sentuhan yang mereka ada.

Sukar untuk menafikan, pasukan Pkns musim ini juga begitu hebat, mereka memiliki barisan pemain yang lengkap di setiap posisi, K.Rajagopal juga bijak menilai setiap kelemahan pasukan lawan, sudah pasti penggiliran pemain yang bersesuaian akan di turunkan pada perlawanan kali ini.

Barisan Pemain Pilihan Penulis:

GK   KHAIRUL AMRI
DF   SYAZWAN ZAIPOL
DF   ROBERT CORNTHWAITE
DF   AMIRUL AZAHAN
DF   MUHAMMAD RAFIQ FAEEZ
MF  LEANDRO DOS SANTOS
MF  WANDER LUIZ
MF  NAZRIN NAWI
MF  NORHAKIM HASSAN
ST  KHAIRUL ASHRAF
ST  GILMAR JOSE DA SILVA

Likes(5)Dislikes(0)