UNIFI Liga Super 2018 | Kelantan vs Perak (Preview)

UNIFI LIGA SUPER 2018

Sabtu, 24 Feb 2018.
Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan
9.00 Malam

Dua pasukan berada dalam dilema yang berbeza, Mehmet Duracovic mengharapkan beberapa tonggak utama mereka yang mengalami kecederaan, dan akan sembuh sepenuhnya sebelum perlawanan pada hari Sabtu ini, manakala dalam pasukan Kelantan pula kini memiliki nafas baharu dengan kehadiran semula penyerang import kesayangan mereka iaitu Ghaddar.

Sedikit meresahkan pengendali kelahiran Australia itu, di mana berkemungkinan besar Nazrin Nawi dan Brendan Gan yang tidak dapat diturunkan dalam perlawanan kali ini, selepas mengalami kecederaan ketika bertandang ke stadium Darulaman sebelum ini, manakala Ahmad Khairil Anwar dan Nasir Basharuddin yang belum berpeluang untuk beraksi akibat mengalami kecederaan.

Namun begitu dalam beberapa sesi latihan, Leandro dan Hafis Kamal sahaja yang menjalani latihan ringan, manakala barisan pemain yang lain terus menjalani latihan seperti yang ditetapkan.

Sudah pasti tekanan terus dirasai oleh pasukan Kelantan yang masih belum mampu memiliki kemenangan dalam 3 perlawanan sebelum ini, malah mereka sekadar mampu seri ketika melayan kunjungan pasukan Terengganu di laman sendiri, dan baki dua perlawanan mereka tewas.

Walaupun pasukan Perak memiliki ramai pemain yang berkaliber, pasukan Perak harus berwaspada dengan kebangkitan yang bakal berlaku dalam pasukan Kelantan dimana sedikit perubahan strategi dan taktikal bakal berubah dibawah kendalian ketua Jurulatih sementara mereka iaitu Yusri Che Lah, ditambah pula sengatan di bahagian serangan agak sedikit meningkat apabila kembalinya semula Ghaddar kedalam pasukan itu selepas berhijrah di pertengahan Liga musim lepas.

Barisan pemain pilihan penulis:

GK  KHAIRUL AMRI SALEHUDDIN
DF  MUHAMMAD SYAZWAN ZAIPOL
DF  ROBERT CORNTHWAITE
DF  AMIRUL AZAHAN AZNAN
DF  NAZIRUL NAIM
MF  KENNY PALLRAJ
MF  SHAHRUL MOHD SAAD
MF  NORHAKIM HASSAN
MF  WANDER LUIZ
ST  KHAIRUL ASYRAF
ST  GILMAR JOSE DA SILVA

Likes(4)Dislikes(0)

One thought on “UNIFI Liga Super 2018 | Kelantan vs Perak (Preview)

  1. Jaji

    Teman terasa sedikit musykil. Mungkin juga teman tak berapa tahu perjalanan Liga Malaysia agaknya. Macamana pulak Si Gadar tu boleh didaftar untuk bermain. Bukan ke tarikh pengambilan pertama para pemain tempatan dan juga import telah pun ditutup. Sepatutnya Kelantan kena tunggu tarikh pembukaan pengambilan kedua (dalam bulana Jun, kalau tak silap le). Mungkin admin boleh tolong bagi tau.

    Likes(1)Dislikes(0)

Leave a Reply