UNIFI Liga Super 2018 | Kedah vs Perak (Result)

Rabu, 7 Feb 2018
Stadium Darulaman, Alor Setar
9.00 Malam

KEDAH  1  -  3  PERAK

Gilmar (m21)
Sandro – penalti(m79)
Robert(m87)
Nazirul(m90+4)

Pertemuan yang berada dalam suasana begitu panas sehingga 4 jaringan gol terhasil dan juga memaksa pengadil perlawanan Mohd Zamzaidi Katimin, melayangkan 8 kad kuning dan 1 kad merah melibatkan pemain dari kedua dua pasukan.

Walaupun pasukan Perak masih mampu menurunkan kesebelasan utama yang sama ketika bertandang ke stadium Darul Makmur tempoh hari,corak persembahan mereka agak sedikit merudum akibat keletihan beraksi dua perlawanan berturut turut sebagai pelawat. Manakala pasukan Kedah yang tidak dapat menurunkan kesebelasan utama barisan pemain terbaik mereka, telah menampakkan beberapa kelemahan yang ketara perlu di rawat dengan kadar segera.

Sewajarnya pasukan Tuan Rumah mampu berada di hadapan, terutama di minit ke 8, selepas sepakan penjuru dilakukan dan gagal disudahkan oleh syawal pertahanan pasukan Kedah, di mana bola sekadar melintasi di hadapan beliau dalam keadaan Hafizul Hakim sudahpun tertewas.

Walaupun 17 minit pertama perlawanan bermula di mana pasukan Kedah lebih menguasai permainan dari setiap sudut padang, Gilmar dalam serangan pantas yang di gerakkan barisan tengah pasukan,berjaya menghukum di atas kerapuhan benteng pertahanan pasukan Kedah di minit ke 18 dengan melakukan sepakan gunting, tetapi gol itu tidak di kira akibat beliau yang telah berada di kedudukan Offside ketika menerima hantaran daripada rakan sepasukan.

Ianya bukanlah permasalahan besar buat pasukan Perak, Gilmar sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila bijak melakukan gerakkan selepas menerima hantaran pendek daripada Norhakim Hassan dengan melakukan rembatan jarak jauh sehingga mampu untuk menewaskan penjaga gol muda pasukan Kedah di minit ke 21.

Selepas gol pertama terhasil, pasukan Kedah kembali mempertingkatkan rentak permainan dengan melakukan beberapa percubaan yang berbahaya ke arah kubu pasukan Perak, terutama di minit ke 45 Sandro gagal melepaskan sepakan tepat kearah gawang gol.

Sebaik babak kedua bermula, pasukan Kedah kembali mengawal permainan sehingga memaksa benteng pasukan Perak bekerja keras bagi memastikan gawang mereka tidak dibolos.Malah pemain muda mereka Akhyar Rashid sering menjadi mangsa dalam terjahan terjahan keras oleh pemain pasukan Perak.

Namun begitu Akhyar sekali lagi mencuri tumpuan barisan pertahanan pasukan Perak terutamanya Robert Cornthwaite tersilap langkah dengan melakukan kekasaran terhadap beliau di dalam kotak penalti.Namun begitu perlawanan terhenti hampir 2 minit akibat ketegangan berlaku diantara pemain kedua dua pasukan. Pengadil perlawanan terus menghadiahkan sepakan penalti tersebut dengan mudah disempurnakan oleh Sandro di minit ke 79.

Di minit ke 81, bermula segala cerita kekalahan pasukan Kedah selepas pemain Import kesayangan mereka Liridon yang bertindak tidak profesional setelah menyiku Leandro Dos Santos, layangan kad merah terus di hadiahkan kepada Liridon walaupun di separuh masa pertama Liridon telah menerima kad kuning yang pertama.

Kemasukkan pemain pemain gantian, Kenny Pallraj dan Nazrin Nawi telah berjaya mengubah skip keputusan di mana berjaya melakukan sepakan dan hantaran tepat kearah rakan untuk menjaringkan gol.

Robert cornthwaite berjaya menebus kesilapan dengan menjaringkan gol berpunca dari sepakan percuma yang cantik dan tepat oleh Nazrin nawi di minit ke 87, Malah jam di tangan pengadil yang hampir tiba tamat Nazirul naim juga tidak mahu ketinggalan untuk mencetak nama sebagai penjaring, di minit ke 90+4 Kenny Pallraj bijak melakukan hantaran pendek untuk disudahkan dengan mudah menewaskan Muhd Asri Muhamad.

Selepas 2 perlawanan saingan Unifi Liga Super 2018, pasukan Kedah terus jatuh ke tangga ke 11 tanpa sebarang mata manakala pasukan Perak terus naik ke tangga yang 3 dengan mengumpul 4 mata. 

Barisan Pemain yang Diturunkan :

GK   MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM
DF   SHAHRUL MOHD SAAD(c)
DF   ROBERT CORNTHWAITE
DF   NAZIRUL NAIM
DF   AMIRUL AZAHAN AZNAN
MF  LEANDRO DOS SANTOS
MF  BRENDAN GAN / KENNY PALLRAJ
MF  NORHAKIM HASSAN / NIZAD AYUB
MF  MISAGH BAHADORAN / NAZRIN NAWI
ST  WANDER LUIZ
ST  GILMAR JOSE DA SILVA

Pemain Perak TBG yang dihadiahkan kad kuning

Leandro , Amirul Azahan, Kenny,Robert Corntwaite

nota : SIARAN LANGSUNG DI TV9 DAN CHANNEL IFLIX

 

Likes(5)Dislikes(8)