UNIFI Liga Super 2018 | Kedah vs Perak (Preview)

Rabu, 7 Feb 2018
Stadium Darul Aman, Alor Setar
9.00 Malam

Perlawanan kedua saingan Liga Super, sekali lagi anak didik Mehmet Durakovic terpaksa bertandang ke kubu lawan kali ini ke utara dimana sebelumnya di pantai timur. Barisan pemain pasukan Perak harus bangkit dari tidur, apabila sekadar mampu mengutip 1 mata tanpa jaringan gol dalam perlawanan yang pertama, kelemahan di bahagian serangan perlu diperbaiki dengan kadar segera agar memastikan segala peluang yang terhidang mampu di sudahkan pada perlawanan kali ini.

Mehmet Duracovic perlu mengubah sedikit taktikal perlawanan bagi menyegarkan corak permainan pasukan, di mana Nazrin nawi dan Norhakim hassan perlu diletakkan dalam kesebelasan utama, bagi memastikan kedua dua sayap pasukan mampu bergerak dengan selari, sukar untuk dinafikan kedua dua pemain ini memiliki kepantasan yang hampir sama dan bijak melakukan hantaran hantaran yang baik.

Malah di posisi tengah sudah semestinya Wander Luiz calon yang sesuai untuk di jadikan penggerak utama kerana beliau memiliki kualiti sebagai seorang pemain Attacking midfielder yang memiliki idea idea menarik dan teknik sepakan beliau sangat berkualiti ketika serangan dilakukan, di samping keberkesanan Leandro Dos Santos bergandingan bersama sama Brendan Gan dengan begitu cemerlang kerana kedua dua pemain ini berorientasikan defensive midfielder ini mampu menyukarkan pemain lawan menyerang dari arah tengah padang.

Gilmar, sudah diketahui oleh semua penyokong setia Perak Tbg, di mana beliau seorang penyerang tulen yang rajin dan adakala, ketajaman beliau di hadapan gol agak sedikit tumpul dalam perlawanan yang pertama tempoh hari, namun ianya di harapkan ketumpulan itu mampu kembali tajam seperti sediakala pada perlawanan kali ini.

Namun begitu kepada mereka yang bakal diturunkan, harus berwasda akan kebangkitan pasukan Helang Merah yang pasti mahu merawat sayap mereka yang telah dipatahkan oleh pasukan Harimau Selatan dan secara automatik, mereka gagal mengekalkan Piala Sumbangsih yang dimenangi pasukan mereka musim lepas.

BARISAN PEMAIN PILIHAN PENULIS:

GK   MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM
DF   SYAZWAN ZAIPOL
DF   ROBERT CORNTHWAITE
DF   NAZIRUL NAIM
DF   AMIRUL AZAHAN AZNAN
MF  LEANDRO DOS SANTOS
MF  BRENDAN GAN
MF  NORHAKIM HASSAN
MF  NAZRIN NAWI
ST  WANDER LUIZ
ST  GILMAR JOSE DA SILVA

NOTA: SIARAN LANGSUNG DI TV 9/CHANNEL IFLIX

Likes(3)Dislikes(4)

Leave a Reply