Liga Super 2018 | Pahang vs Perak (Result)

Liga Super 2017

Ahad, 4 Feb 2018
Stadium Darul Makmur, Pahang
9.00 Malam

PAHANG   0  -  0   PERAK

Perlawanan pertama di separuh masa yang pertama, Gilmar dan Wander Luiz, walaupun menampakkan keserasian yang baik, namun prestasi kedua dua pemain ini menampakkan seperti berada di bawah tahap apabila gagal menyudahkan peluang yang terhidang ketika di hadapan gawang gol pasukan Pahang.

Corak permainan buat kedua-dua pasukan kembali menemui gaya pemainan sebenar setelah melepasi 30 minit perlawanan. Namun sayang ianya tetap gagal untuk terus memburu gol awal seperti yang di harapkan.

Sebaik perlawanan di separuh masa kedua bermula, pasukan Pahang terus bermula dengan begitu garang apabila Matthew bijak memperdayakan Nazirul Naim, tapi sayang hantaran lintang beliau gagal di sudahkan oleh Norshahrul walaupun tidak dikawal mana-mana pemain pertahanan pasukan Perak.

Di minit ke 65, sewajarnya Misagh berjaya untuk memecah kebuntuan pemburuan gol pertama, tetapi tandukan beliau ke gawang gol Pahang diselamatkan oleh Helmi Eliza. Berselang 5 minit selepas itu, Gilmar sekali lagi menampakkan ketumpulan beliau di hadapan gol dengan mensia-siakan peluang yang sewajarnya berjaya disempurnakan.

Prestasi pertahanan pasukan Perak 10 minit yang terakhir, agak sedikit longgar dan mudah ditembusi pemain-pemain pasukan Pahang, Namun diatas kemantapan prestasi yang di pamerkan Hafizul Hakim memusnahkan harapan pasukan tuan rumah memiliki gol pendahuluan.

Faktor ketumpulan di bahagian serangan terus menjadi kebuntuan kepada seluruh pemain buat kedua dua pasukan yang gagal mendapatkan jaringan seperti yang telah di harapkan. Malah keputusan seri dalam saingan Liga Super di antara kedua dua pasukan musim lepas, masih berterusan sehingga kepelawanan kali ini,

Barisan Pemain Yang Diturunkan:

GK   HAFIZUL HAKIM
DF   AMIRUL AZAHAN AZNAN
DF   NAZIRUL NAIM
DF   SHAHRUL MOHD SAAD(c)
DF   ROBERT CORNTHWAITE
MF   NORHAKIM HASSAN
MF   MISAGH BAHADORAN /NAZRIN NAWI
MF   LEANDRO DOS SANTOS
MF   BRENDAN GAN(kad kuning) / KENNY PALLRAJ
SS   WANDER LUIZ/ NIZAD AYUB
ST   GILMAR JOSE DA SILVA.

Likes(5)Dislikes(0)

2 thoughts on “Liga Super 2018 | Pahang vs Perak (Result)

  1. Jaji

    Tahniah Admin di atas ulasan yang berkualiti seperti itu. Ia seolah-olah diulas oleh pengulas peringkat antarabangsa dan oleh dia yang banyak mengetahui selok belok bolasepak. Syabas dan tahniah sekali lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)

Leave a Reply