Liga Super 2018 | Pahang vs Perak (Preview)

Liga Super 2017

Ahad, 4 Feb 2018
Stadium Darul Makmur, Pahang
9.00 Malam

Pertemuan kedua-dua pasukan ini pada musim yang lepas dalam saingan Liga Super, sekadar merekod keputusan seri 1 sama, baik di Ipoh mahupun di Kuantan Pahang.

Musim baharu kedua-dua pasukan memiliki barisan pemain yang terkini malah musim ini juga kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan pembukaan.

Pemerhati bolasepak tempatan beranggapan pasukan Perak mampu menjadi pencabar utama dalam saingan Liga Super 2018 berdasarkan 25 pemain yang berada dalam senarai skuad The Bos Gaurus.

Kehadiran Brendan Gan, Shazwan Zaipol, Norhakim Hassan, Wander Luiz, Robert Cornthwaite dan Misagh Bahadoran mampu menjadi nadi utama dalam mencidibantu pula pemain pemain yang berpengalaman seperti Nasir Basharuddin,Nazirul Naim, Amirul Azahan, Idris Ahmad, Gilmar,Leandro dan penjaga gol kebangsaan Hafizul Hakim.

Mehmet Durakovic sudah pasti sukar untuk memilih barisan pemain untuk berada di dalam kesebelasan utama kerana barisan pemain yang ada musim ini memiliki kualiti yang hampir sama.

Namun begitu, Pasukan Pahang juga tidak kurang hebatnya. Mereka memiliki barisan pemain di bahagian serangan yang boleh dianggap masih berbisa. Antara pemain baharu mereka di bahagian serangan ialah Norshahrul Idlan Talaha, Chan Vathanaka dan Sergio Unrein, manakala posisi tengah pasukan Pahang juga memiliki barisan pemain yang pantas dan bijak merangka strategi ketika menyerang dan bertahan.

Sepanjang 90 minit perlawanan, apa pun boleh berlaku, kegagalan menyempurnakan peluang akan merencatkan kejayaan dalam sesebuah pasukan.

Barisan pilihan penulis:

GK MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM
DF MUHAMD SYAZWAN ZAIPOL
DF ROBERT CORNTHWAITE
DF NAZIRUL NAIM
DF AMIRUL AZAHAN
CM LEANDRO DOS SANTOS
CM BRENDAN GAN
CM NASIR BASHARUDDIN(c)
CM NORHAKIM HASSAN
CM WANDER LUIZ
ST GILMAR JOSE DA SILVA.

Nota: Siaran Langsung di UNIFI TV.

Likes(2)Dislikes(0)