TM Piala Malaysia 2017 | Separuh Akhir 2 – Johor DT vs Perak (Result)

Piala Malaysia 2017

Sabtu, 21 Oktober 2017
Stadium Larkin, Johor
9.00 Malam

Johor DT  (1)   -   (1)  PERAK

Gonzolo Cabrera (m57 m81)

Gabriel Guerra (m75)

Berakhirlah sudah impian penyokong dan peminat setia pasukan Perak untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka melangkah ke peringkat akhir TM Piala Malaysia 2017, di mana kali terakhir pasukan Perak berjaya ke peringkat akhir TM Piala Malaysia pada tahun 2006/07 ketika di bawah kendalian Steve Darby.

Walaupun pasukan Perak berjaya menguasai permainan di separuh masa yang pertama, namun ianya belum cukup untuk memastikan pasukan Perak memperoleh gol yang dicari. Malah barisan penyerang juga agak sukar untuk menerima hantaran yang baik daripada rakan sepasukan.

Johor DT telah mencipta rekod baharu dalam saingan TM Piala Malaysia 2017, di mana mereka gagal menjaringkan gol di separuh masa yang pertama, berikutan ketangkasan yang dipamerkan oleh Hafizul Hakim.

Namun segala kedukaan bermula di babak kedua, apabila Cabrera berjaya mencipta jaringan sulung di minit ke 57 hasil lorongan yang menarik daripada Guerra.

Tersentap dengan jaringan tersebut, pasukan Perak yang pada mulanya berjaya memiliki gol penyamaan di minit ke 62, namun jaringan gol sendiri oleh Kunanlan pertahanan pasukan JDT itu telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan Mohd Zohri Tajudin dengan alasan Zaquan Adha yang berada di kedudukan offside ketika hantaran silang yang dilakukan oleh Gilmar Jose Da Silva.

Selepas kejadian tersebut, barisan pemain Perak kembali mempamerkan corak permainan yang begitu lemah sehingga pasukan JDT terus melakukan asakan bertali arus ke kubu pasukan Perak. Hasilnya giliran Guerra berjaya menjaringkan gol di minit 75 hasil hantaran tinggi yang gagal dihalang oleh Nazirul Naim.

Walaupun pasukan Perak melakukan dua pertukaran dengan memasukkan Nizad Ayub dan Hadi Yahya, corak permainan pasukan Perak tetap hambar walaupun pasukan Perak masih melakukan serangan menerusi Nasir Basharuddin.

Cabrera menjadi pemusnah di mana beliau terus meledak gol kedua peribadi beliau dan gol ketiga buat pasukan JDT di minit ke 81 hasil lorongan pendek daripada Darren Lok, walaupun pada hakikatnya kedudukan Cabrera telah pun berada dalam kedudukan Offside sebelum menerima hantaran tersebut.

Namun segalanya sudah berakhir, pasukan JDT mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4 gol berbalas 1, dan akan bertemu dengan pasukan Kedah di stadium Shah Alam pada 4 november 2017.

Barisan Pemain yang diturunkan:

GK   HAFIZUL HAKIM
DF   SHAHROM KALAM(K)
DF   THIAGO JUNIOR
DF   AMIRUL AZAHAN AZNAN
DF   NAZIRUL NAIM
MF  NASIR BASHARUDDIN
MF  SHAHRUL MOHD SAAD
MF  KENNY PALLRAJ / HADI YAHYA
MF  AHMAD KHAIRIL ANWAR
ST  GILMAR JOSE DA SILVA
ST  MOHD ZAQUAN ADHA / NIZAD AYUB

Likes(4)Dislikes(0)

Leave a Reply