TM Piala Malaysia 2017 | Separuh Akhir 2 – Johor DT vs Perak (Preview)

Piala Malaysia 2017

Sabtu, 21 Oktober 2017
Stadium Larkin, Johor
9.00 Malam.

Kelebihan jaringan di tempat lawan buat pasukan Johor Darul Takzim membuatkan pasukan Perak terpaksa berhempas pulas bagi memastikan pasukan layak untuk ke peringkat akhir saingan TM Piala Malaysia selepas kali terakhir pasukan Perak beraksi di pentas ahir pada tahun 2007.

Mehmet perlu memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap pemain simpanan mereka, yang boleh dianggap memiliki kualiti dan taraf yang sama hebatnya dengan barisan pemain utama. Bukan itu sahaja, malah Mehmet perlu memastikan stamina setiap pemain terus meningkat, jelas di perlawanan separuh akhir pertama tempoh hari, kesebelasan utama pemain yang diturunkan tanpa pemain gantian, gagal memiliki stamina untuk terus kekal beraksi dengan cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan.

Bukanlah alasan yang bernas diberikan keadaan pasukan Perak yang tempang gara gara kehilangan 6 pemain akibat masalah kecederaan dan gentlement aggrement. Sebagai seorang jurulatih yang berpengalaman, sudah semestinya beliau berjaya menggabungkan antara pemain utama dan pemain simpanan dengan baik serta dapat menerapkan corak permainan yang lebih segar.

Barisan pilihan penulis:

GK   SYAZANI MAT PUHAT
CB   THIAGO JUNIO AQUINO
CB    IDRIS AHMAD
LB    NAZIRUL NAIM
RB    AMIRUL AZAHAN AZNAN
AM   WAN MOHD SYUKRI
DM   KENNY PALLRAJ
RW   NASIR BASHARUDDIN
LW   AHMAD KHAIRIL ANWAR
SS   GILMAR JOSE DA SILVA
CF   MOHD ZAQUAN ADHA

NOTA : SIARAN LANGSUNG DI STESEN MEDIA PRIMA

Likes(5)Dislikes(0)

Leave a Reply