TM Piala Malaysia 2017 | Separuh Akhir 1 – Perak vs Johor DT (Result)

Piala Malaysia 2017

Ahad, 15 Oktober 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Perak 1  -  1 Johor DT

Hasbullah (OG) – m 18
Ghaddar – m 68

Shahrom Kalam mencipta kesilapan mudah buat kali ketiga sepanjang perlawanan musim ini  di mana hasil kesilapan tersebut juga membuatkan pasukan Johor DT berkelebihan jaringan di tempat lawan. Kesilapan yang dilakukan oleh beliau sememang sukar untuk di maafkan kerana beliau adalah seorang pemain pertahanan buat pasukan Kebangsaan dan ketua pasukan Perak.

Beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan Razlan Jofri Ali yang boleh dipertikaikan, namun ianya tetap tidak mematahkan semangat anak buah Mehmet untuk meneruskan rentak permainan mereka.

Di minit ke 18, hasil gerakkan Gilmar Jose Da Silva melakukan lorongan ke arah  Zaquan Adha, gawang gol JDT dengan mudah dibolosi atas kesilapan yang dilakukan pemain muda mereka yang tertolak bola tersebut terus menerjah gawang gol sendiri.

Tersentap dengan jaringan tersebut, pasukan JDT terus menguasai permainan, tetapi ianya tidak dapat untuk menembusi gawang gol pasukan Perak yang di kawal oleh Hafizul Hakim. Malah kedua dua pasukan sekadar mampu berlegar di kawasan tengah padang.

Sebaik babak kedua bermula, pasukan JDT terus memperkemaskan corak permainan mereka, dengan melakukan asakkan betubi tubi di setiap sudut, namun di atas ketangkasan pertahanan pasukan Perak ianya masih belum cukup untuk menggegar gawang gol pasukan Perak.

Ghaddar menjadi penyelamat buat pasukan pelawat apabila di minit ke 68, beliau bijak mengambil peluang hasil kesilapan Shahrom Kalam yang gagal untuk mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya.

Secara matematiknya, pasukan JDT hanya perlu seri tanpa jaringan di Larkin dalam pusingan kedua kerana memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan. Manakala pasukan Perak perlu menang tanpa gawang gol pasukan di bolosi

Barisan pemain yang diturunkan:

GK  HAFIZUL HAKIM
DF  SHAHROM KALAM(k)
DF  THIAGO JUNIOR
DF  AMIRUL AZAHAN
DF  NAZIRUL NAIM
MF  KENNY PALLRAJ
MF  SHAHRUL MOHD SAAD
MF  NASIR BASHARUDDIN
MF  AHMAD KHAIRIL ANWAR
ST   MOHD ZAQUAN ADHA
ST  GILMAR DA SILVA

Likes(4)Dislikes(0)

Leave a Reply