TM Piala Malaysia 2017 | Separuh Akhir 1 – Perak vs Johor DT (Preview)

Piala Malaysia 2017

Ahad, 15 Oktober 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Sudah pasti perlawanan di antara kedua dua pasukan ini menjadi tumpuan seluruh penyokong dan peminat bolasepak tempatan. Sehingga ramai pihak hampir terlupa mengenai perlawanan separuh akhir turut melibatkan Kedah dan Felda United.

Pelbagai persepsi dan andaian yang turut menjadi isu hangat di antara kedua dua penyokong dan terhadap keputusan perlawanan di media masa dan laman sosial yang bakal ditempuhi pada Ahad ini di Stadium Perak.

Kem pasukan Perak agak sedikit tempang, setelah pasukan Perak terpaksa terus melupakan khidmat daripada Hafis Kamal, Yashir Pinto dan Ariff Ismail yang sedang menjalani latihan pemulihan kecederaan, Pemain import mereka iaitu Leandro Dos Santos pula, menjadi pemain yang baru berkemungkinan besar turut terpaksa diketepikan dalam saingan separuh akhir yang pertama ini akibat mengalami kecederaan di pergelangan kaki baru baru ini.

Melihat dengan keadaan situasi semasa, pasukan Perak memiliki ramai pemain yang berkaliber mampu menggantikan tempat mereka, di antara pemain yang sememangnya sudah sinonim di posisi tengah Wan Mohd Syukri, Nasir Basharuddin dan Shahrul Mohd Saad. Manakala di bahagian serangan penyerang muda Nizad Ayob mampu untuk bergandingan dengan seorang lagi penyerang import iaitu Gilmar. Bagi pemain bawah 23 negara Ahmad Khairil Anwar pula memiliki kepantasan dalam lariannya untuk beraksi di sayap kiri dan kanan pasukan.

Sebaliknya di kem Johor DT yang sememangnya mampu untuk menurunkan kesebelasan terbaik mereka, sudah pasti misi meraih kemenangan di Ipoh adalah yang paling utama, bagi memudahkan tugasan mereka pada perlawanan timbal balik di Larkin.

Barisan Pilihan Penulis:

GK SYAZANI MAT PUHAT
CB THIAGO JUNIOR
CB IDRIS AHMAD
LB NAZIRUL NAIM
RB AMIRUL AZAHAN
DM SHAHRUL MOHD SAAD
AM WAN MOHD SYUKRI
CM NASIR BASHARUDDIN
RW MOHD ZAQUAN ADHA
LW AHMAD KHAIRIL ANWAR
ST GILMAR FILHO

NOTA: Siaran Langsung di Media Prima

 

Likes(8)Dislikes(0)

Leave a Reply