Liga Super 2017 | Perak vs Pulau Pinang (Result)

Liga Super 2017

Rabu, 27 September 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

PERAK  1 – 0  PULAU PINANG

Nizad Ayub (m24)

Sekadar kemenangan tipis yang mampu pasukan Perak raih apabila bertemu pasukan bawahan Liga, Pulau Pinang. Ditambah pula kedua dua pasukan sekadar mampu mempamerkan mutu persembahan yang lemah dan sehingga meningkatkan tahap kebosanan yang melampau, di hadapan kira kira seribu lebih penonton yang hadir.

Bermula dengan serangan yang dilakukan oleh pasukan Perak, di minit yang ke 24 Nizad Ayub bijak menyudahkan dengan sempurna hasil bola lorongan Thiago Junior dari dalam kawasan kotak penalti pasukan Pulau Pinang.

Selepas jaringan tersebut, kedua dua pasukan terus beraksi dengan begitu perlahan dan tiada percubaan berbahaya yang mampu dilakukan, hanya sekali rembatan deras daripada pemain tengah pasukan Shahrul Saad dari luar kotak penalti berjaya ditepis oleh penjaga gol Pulau Pinang.

Selepas 20 minit separuh masa kedua berjalan, pasukan Pulau Pinang kembali menemui rentak permainan sebenar mereka, namun ketajaman di bahagian serangan mereka yang begitu tumpul menyebabkan mereka gagal mendapatkan sekurang kurangnya gol penyamaan.

Dengan kemenangan tersebut pasukan Perak kini naik satu anak tangga berkedudukan di tangga ke 5 dengan mengumpul 33 mata.

Barisan pemain yang diturunkan:

GK   HAFIZUL HAKIM
DF   THIAGO JUNIOR
DF   K.SATHIYA / AMIRUL AZAHAN
DF   JAZASRIN JAMALUDDIN
DF   IDRIS AHMAD
MF   ZAQUAN ADHA
MF   AHMAD KHAIRIL ANWAR
MF   KENNY PALLRAJ / LEANDRO SANTOS
MF   SHAHRUL MOHD SAAD
ST   NIZAD AYUB / NAZIRUL NAIM
ST   HADI YAHYA.

Likes(1)Dislikes(0)

Leave a Reply