Liga Super 2017 | Pahang Fc vs Perak (Preview)

Liga Super 2017

Sabtu, 28 Oktober 2017
Stadium Darul Makmur, Pahang
9.00 Malam

Perlawanan terakhir saingan Liga Super 2017 melibatkan kesemua pasukan yang bertanding. Sudah pasti barisan pemain yang bakal diberi kepercayaan untuk beraksi, sudah pasti misi kemenangan dicari, demi melakukan pengakhiran saingan musim ini dengan kenangan manis.

Emosi barisan pemain diwaktu ini agak sedikit terganggu ekoran kekalahan bermaruah di Larkin baru baru ini. Tetapi ianya harus dilupakan dengan seberapa segera, bagi mengelak terus bermain  difikiran ketika perlawanan kali ini berlangsung.

Pada perlawanan pertama saingan Liga super di Ipoh, pasukan Perak sekadar berjaya mengikat Pahang dengan jaringan 1 sama, hasil jaringan Thiago Junior buat pasukan Perak manakala bagi jaringan buat pasukan Pahang adalah Mohd Syamin Yahya. Berlainan pula ketika pertemuan kedua dua pasukan dalam saingan Piala Malaysia peringkat suku akhir di mana pasukan Perak berjaya menewaskan mereka dengan agregat 4 gol berbalas 1.

Namun begitu pasukan Perak masih perlu berwaspada dengan ancaman yang bakal diberikan oleh anak anak buah Ahmad Shaharuddin Rosdi, perlawanan kali ini pasti misi mencari kemenangan berharga demi mengukuhkan kedudukan pasukan Pahang Fc kekal di tangga kedua dan secara automatik layak ke peringkat saingan Piala AFC musim 2018.

Kedudukan kedua dua pasukan selepas 21 perlawanan, Pahang kini mengumpul 39 mata dipisahkan hanya 3 mata dengan pasukan di tangga yang ke 3 iaitu Felda United, manakala bagi pasukan Perak pula kini mengumpul 33 mata berkedudukan di tangga ke 5.

KEDUDUKAN PASUKAN DALAM CARTA LIGA SUPER 2017 SELEPAS 21 PERLAWANAN:

1. Johor darul takzim  – 48 mata

2. Pahang FC             - 39 mata

3. Felda United          – 36 mata

4. Kedah                    – 34 mata

5. Perak Fa               - 33 mata

6. Selangor               - 30 mata

7. Pkns FC                – 25 mata

8. Melaka United       - 24 mata

9. T-Team Fc             - 22 mata

10. Sarawak             - 20 mata

11. Kelantan             - 19 mata

12. Pulau Pinang      – 12 mata

Melibatkan perlawanan terakhir kesemua pasukan dalam saingan Liga Super 2017:

Kedah lawan JDT                      – Stadium Darul Aman

Melaka United lawan kelantan  – Stadium Hang Jebat

PKNS FC lawan Felda United  – Stadium Shah Alam

Pulau Pinang lawan Selangor  – Stadium Batu Kawan

Sarawak lawan T-Team            – Stadium negeri Sarawak

 

 

Likes(0)Dislikes(0)