TM Piala Malaysia 2017 | Suku Akhir 2 – Perak vs Pahang (Result)

Piala Malaysia 2017

Ahad, 24 September 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

 

PERAK (1) 4  -  0 PAHANG (3)

Gilmar Filho (m3, m63)
Kenny Pallraj (77)
Nazrin Nawi (m90+1)

Selepas barisan pemain pasukan Perak diberi amaran lisan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran, kesebelasan utama dan barisan pemain gantian terus memperagakan mutu permainan yang bertenaga dan berjaya melaksanakan tugasan dengan berkesan.

Sebaik tiupan wisel bermula, pasukan Perak terus merencanakan gerakan gerakan berbahaya ke kubu lawan sehingga memaksa kesebelasan utama pasukan Pahang terus bertahan dan di atas kelekaan barisan pertahanan mereka Shahrul Saad bijak melorongkan bola di antara celahan pemain dan disudahkan dengan sempurna oleh Gilmar Jose Da Silva di minit ke 3 perlawanan.

Selepas gol pendahuluan dijaringkan pasukan Perak terus melakukan asakan bertalu talu, namun dalam kepantasan permainan, pengadil perlawann merencatkan seketika situasi tersebut dengan melayangkan beberapa kad kuning ke atas pemain kedua dua pasukan, namun yang menjadi persoalan kad kuning kontroversi yang diterima Thiago Junior di saat bantahan yang dilakukan beliau.

Selepas berlaku insiden tersebut yang disaksikan kira kira lebih 9000 penonton yang hadir, pasukan Perak kembali melakukan serangan pantas dari setiap sudut, Zaquan Adha dua kali mengecewakan, di mana beliau berpeluang mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan kali ini namun disebabkan ketangkasan penjaga gol mereka ianya dengan mudah menafikan percubaan percubaan tersebut.

Sebaik bermula perlawanan separuh masa kedua, Pahang terus menguasai perlawanan, kini giliran barisan pemain pasukan Perak terpaksa berkampung di laman sendiri. Hanya sekali sekala barisan tengah pasukan Perak melakukan serangan balas.

Pasukan Perak dihadiahkan sepakan percuma, yang diambil oleh Nazrin Nawi berjaya disudahkan dengan mudah oleh Gilmar di minit ke 63. Sebaik gol tersebut dijaringkan Shahrom Kalam yang beraksi dengan cemerlang mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan.

Tersentap dengan jaringan tersebut, giliran pasukan Pahang terus melakukan asakkan bertubi tubi ke arah gawang gol Perak. Kenny Pallraj pemain gantian yang masih segar melakukan larian solo dari bawah berjaya meledak gol ketiga pasukan di minit ke 77.

Gawang gol pasukan Pahang terselamat seketika di minit ke 85 apabila Nazrin Nawi berjaya menjaringkan gol hasil hantaran Amirul Azhan namun gol tersebut tidak di kira setelah di dapati beliau berada di dalam keadaan OFFSIDE.

Nazrin Nawi tidak mengecewakan dan terus mencetak nama sebagai penjaring ke empat untuk pasukan tuan rumah dalam masa tambahan, hasil lorongan menarik daripada pemain gantian Nizad Ayob.

Kini pasukan telah mengesahkan mara ke peringat separuh akhir TM Piala Malaysia 2017 dengan aggregat 5 gol berbalas 3 untuk bertemu pasukan JDT.

Barisan pemain yang diturunkan:

GK   HAFIZUL HAKIM
DF   SHAHROM KALAM/KENNY PALLRAJ
DF   THIAGO JUNIOR
DF   AMIRUL AZHAN AZNAN
DF   NAZIRUL NAIM
MF  NASIR BASHARUDDIN
MF  NAZRIN NAWI/HADI YAHYA
MF  LEANDRO DOS SANTOS
MF  SHAHRUL MOHD SAAD
ST  MUHAMMAD ZAQUAN ADHA/ NIZAD AYOB
ST GILMAR JOSE DA SILVA

Pengadil Perlawanan : Suhaimi Mat Hassan

Likes(2)Dislikes(0)

Leave a Reply