TM Piala Malaysia 2017 | Perak vs Felda United (result)

Piala Malaysia 2017

Sabtu,9.9.2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 malam.

Perak 2 – 1 Felda United

Selepas lama berehat, Perak tampil melayan kunjungan Felda United untuk melengkapkan jadual TM Piala Malaysia 2017. Perak tampil beberapa kejutan, apabila merehatkan pemain utama termasuk kesemua pemain import, ini sekali gus memberi peluang kepada pemain-pemain lain untuk mempamerkan aksi mereka. Tumpuan terarah kepada Santhiya Kandasamy berjersi no.6 yang membuat penampilan sulung memperkuatkan barisan pertahanan.

Perak bermula agak perlahan diawal babak pertama apabila Felda United dilihat mendominasi di 10 minit yang pertama. Felda United dilihat amat dahagakan 3 mata di Ipoh. Namun, diminit ke 25, Perak berjaya di depan melalui percubaan kaki kiri dari jarak 25 meter oleh Nizad Ayub selepas menerima umpanan Idris Ahmad.

Dibabak pertama, Perak beraksi baik. Beberapa gerakan berjaya dihasilkan melalui gandingan Zaquan Adha, Nizad Ayub dan Hadi Yahya. Namun begitu, keampuhan pertahanan Felda United yang diketuai oleh Dino Djulbic menafikan sekurang-kurangnya 3 percubaan untuk Perak menambah jaringan. Selain itu,kesinambungan yang baik di bahagian tengah sedikit sebanyak mengimbangi kekuatan jentera tengah Felda United yang diketuai oleh Zah Rahan Krangar. Ahmad Khairil Anuar yang turun selepas sekian lama, juga dilihat beraksi agak baik setakat separuh masa.

Babak Kedua. Felda mula menggandakan asakan ke kubu Perak. Mereka hanya memerlukan 6 minit untuk mendapatkan gol penyamaan hasil kesilapan pertahanan kiri Perak, Jasazrin Jamaluddin yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan penalti dan bola terbias Muhammad Danial Amir untuk gol penyamaan Felda United.

Selepasi itu, Perak cuba mengimbangi permainan dengan berjaya menghasilkan beberapa gerakan menarik yang hampir-hampir mendapatkan tambahan jaringan. Hasilnya,di minit ke 79, Shahrul Saad berjaya menolak mudah untuk gol kedua Perak. Ianya berpunca daripada Set Pieces sepakan percuma hantaran rendah daripada Ahmad Khairil Anuar yang mengelirukan pertahanan lawan.

Kemasukan Nasir Basharudin dan Leandro Dos Santos memberikan impak yang sangat baik untuk Perak mempertahankan 3 mata. Felda United dilihat menggandakan asakan diminit-minit akhir untuk mencari gol penyamaan, tetapi masib tidak menyebelahi mereka. Tamat perlawanan, mengesahkan 3 mata untuk Perak.

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “TM Piala Malaysia 2017 | Perak vs Felda United (result)

  1. sup utara

    as salam.......

    buat pertama kali line up yg diturunkan oleh Mehmet berubah dengan begitu drastik..... sangat mengujakan jiwa teman nie.... walaupun corak permainan yg hambar disebabkan serangan kurang dibuat...... bagi teman sangat berpuas hati tanpa bintang pasukan perak masih boleh menang....

    NIZAD AYUB dapat menjaringkan gol yg pertama buat dirinya dalam penampilan yang ketiga musim ini...
    ianya sudah boleh dianggap sangat baik untuk pasukan perak itu sendiri...

    WAN AHMAD SYUKRI tak silap teman dia pun baru 1st time main.... rajin,memiliki skill yg baik, cuma kepantasan kurang menyengat... mungkin sebab dia nie bukan pemain sayap..tp percubaan yang perlu dipuji.... mungkin lepas ni boleh bagi peluang beraksi ditengah bersama Dos santos

    JASZARIN bagi teman dah boleh simpan dia kat bangku penonton je kot sebab prestasi dia semakin
    menurun dan kerana dialah punca bolos game kali ni.....

    SATHIYA perlu perbaiki dari segi corak permainan... beliau seolah olah tak tahu waktu bila nak terus
    hantar keatas ,waktu bila perlu hold bola, dan hantaran beliau adkalahnya merapu....

    HADI YAHYA pemain yang malas berlari,malas chalenge bola,malas kejar bola, bermain tidak
    menggunakan akal....

    BETO masih belum dapat rentak..... selepas beliau injured, tiada peranan ketika menyerang..... perlu
    tingkatkan mutu permainan kalau tak bekulah dia kt bangku penonton

    SYAZANI PUHAT 30 minit pertama hanya sekali dapat sentuh bola ketika kubu perak diasak.... separuh
    masa kedua berjaya menepis cubaan mat yo.... bolos sebab kawan sendiri buat hal tak
    dpt nak nilai prestasi beliau dengan sepenuhnya sebab Felda mcm taknak menang

    IDRIS prestasi kurang menyengat..mungkin lama sgt kene simpan kt bangku simpanan.....

    SHAHRUL SAAD tidak ada apa apa yg boleh dipertikai..... melaksanakan tugasan dengan begitu baik
    sekali.....

    ZAQUAN ADHA beraksi agak tempang sikit mungkin sbb kesebelasan utama yg diturunkan pada kali nie..... tak tau nak main dgn dia kot... keserasian dengan rakan 2nd team kurang ......

    KENNY pemain yang rajin, mengawal sepenuhnya di posisi tengah, bijak melakukan gerakan gerakan untuk rakan menyerang dan bertahan.....

    Likes(1)Dislikes(0)

Leave a Reply