TM Piala Malaysia 2017 | Perak vs Felda United (Preview)

Piala Malaysia 2017

Sabtu, 9 Sept 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan TM Piala Malaysia, pasukan Perak sekadar perlu mengutip 1 mata bagi memastikan kekal sebagai pendahulu dalam peringkat kumpulan, bagi mengelak bertemu pasukan PKNP FC di suku akhir nanti.

Selepas sebulan liga tempatan berehat, sudah pasti barisan pemain ke 12 iaitu penyokong mengharapkan corak permainan yang lebih segar dan pantas serta bijak dalam setiap gerakan sepanjang 90 minit perlawanan.

Persoalannya mungkinkah Mehmet sekali lagi memberi ruang kepada barisan pemain pemain simpanan untuk terus memperagakan aksi mereka pada perlawanan kali ini ?

Mampukah pula barisan pemain yang bakal diturunkan pada kali ini akan terus menunjukkan peningkatan yang positif? Semua persoalan hanya akan terjawab pada hari perlawanan nanti.

Barisan pilihan penulis:
GK    SYAZANI MAT PUAT
CB    SHAHRUL SAAD
CB    IDRIS AHMAD
LB     IBRAHIM AZIZ
RB     JASZARIN JAMALUDDIN
CDM  LEANDRO DOS SANTOS
CAM   AHMAD KHARIL ANWAR
CM     KENNY PALLRAJ
RWM  ZAQUAN ADHA
LWM  NIZAD AYUB
ST     GILMAR JOSE DA SILVA

Likes(3)Dislikes(0)

One thought on “TM Piala Malaysia 2017 | Perak vs Felda United (Preview)

  1. sup utara

    as salam......

    teman cuma nak bertanyer ajer..... sdn dok bagi cadangan line up 1st eleven nie ada dpt respon ke dari mehmet dan barisan kejurulatihan yang lain.....

    yang keduanya, ada ke org org perak tbg nie nak ambik peduli dengan komen komen dari penyokong

    pada pendapat temanla yer..... cukupla sekadar pihak admin ulas je pasai game selepas dan sebelum...... buang masa je bagi cadangan pemain untuk diturunkan.... sampai abih musim deme idak nak mendengornyer.....

    Likes(0)Dislikes(0)

Leave a Reply