Liga Super 2017 | Melaka United vs Perak (Result)

Liga Super 2017

Rabu, 20 Sept 2017
Stadium Hang Jebat
9.00 Malam

MELAKA   3  -  1   PERAK

Marco Simic (m30)
Shahrul Saad (m50)
Jeon Woo Young (m72)
Felipe de Souza (83) penalti

Permulaan di awal minit perlawanan di separuh masa pertama, kedua dua pasukan beraksi dengan seimbang. Pasukan Perak berpeluang mencipta jaringan namun begitu percubaan yang dilakukan barisan penyerang pasukan sia sia.

Kurang dari 25 minit perlawanan pasukan Perak terpaksa mengeluarkan Yashir Pinto yang mengalami kecederaan ketika melakukan pendaratan.

Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh pasukan Melaka yang terus melakukan asakan bertubi tubi ke arah gawang gol pasukan Perak dan berjaya mendahului jaringan awal menerusi pemain import mereka Marco Simic di minit ke 30.

Tersentap dengan jaringan tersebut giliran pasukan Perak mendapatkan jaringan penyamaan, gol tersebut tidak dikira apabila pemain pasukan Perak telah pun berada di kedudukan OFFSIDE.

Sebaik bermulanya separuh masa kedua, pasukan Perak terus melakukan asakan bertubi tubi sehingga memaksa ke semua pemain pasukan Melaka berkampung di laman sendiri, dalam kekalutan di hadapan gol Shahrul Mohd Saad berjaya mencetak nama selaku penjaring gol penyamaan di minit ke 50

Dalam kelekaan menyerang, gawang gol pasukan Perak di hukum buat kali ke 2 hasil jaringan Jeon Woo Young di minit ke 72. Walaupun pasukan Perak ketinggalan buat kali kedua, Pasukan Perak masih mampu melakukan gerakan gerakan berbahaya ke arah gawang gol Melaka namun begitu di atas ketumpulan bahagian serangan yang diketuai Gilmar Filho, jaringan gagal untuk dilakukan.

Di minit ke 83, pasukan Melaka dihadiahkan sepakan penalti setelah penyerang sensasi mereka iaitu Fauzi Roslan yang dijatuhkan oleh pertahanan pasukan Perak dan berjaya disudahkan dengan sempurna oleh Felipe Clemente de Souza

Barisan pemain yang diturunkan:

GK   MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM
DF   SHAHROM KALAM(k)
DF   THIAGO JUNIOR
DF    NAZIRUL NAIM
DF    AMIRUL AZHAN AZNAN
MF   SHAHRUL MOHD SAAD
MF   NASIR BASHARUDDIN
MF   MUHAMMAD ZAQUAN ADHA
MF   MOHD NAZRIN MOHD NAWI
ST   YASHIR ARMANDO PINTO / HADI YAHYA
ST   GILMAR JOSE DA SILVA

Likes(1)Dislikes(0)

Leave a Reply