TM Piala Malaysia 2017 | Perak vs Kuala Lumpur (Result)

Piala Malaysia 2017

Selasa,1.8.2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 malam.

Perak 2 – 0 Kuala Lumpur

Seperti diramal, Perak turun dengan beberapa perubahan dengan merehatkan beberapa pemain utama. Perak tidak menunggu lama untuk di depan hasil jaringan Gilmar Jose Da Silva Filho pada minit ke 22. Selepas itu, minit ke 37, Kenny Paulraj berjaya menambah jaringan berpunca daripada sepakan penjuru.

Selepas itu, Kuala Lumpur melancarkan beberapa serangan untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu gol untuk merapatkan jurang, tetapi gagal. Kuala Lumpur dilihat mengasak pada saat akhir separuh masa pertama, tetapi, dengan keampuhan benteng pertahanan Perak, separuh masa pertama kekal, dengan Perak mendahului selesa 2-0. Secara keseluruhan di babak pertama, Perak bermain dengan agak baik, biarpun pada satu-satu ketika, pertahanan Perak agak cuai tetapi keadaan dapat dikawal dengan baik. Leandro Dos Santos beraksi cemerlang dengan membantu mengimbangi bahagian tengah daripada didomninasi oleh pihak lawan.

Babak kedua, Perak mengeluarkan Nazrin Nawi dan memasukkan Yashir Pinto untuk mempertajamkan serangan. Ternyata kemasukan Yashir Pinto menyaksikan variasi gerakan serangan bertambah menarik dari rusuk kiri dan kanan, apabila beliau bertukar-tukar posisi dengan Zaquan Adha. Perak juga dihidangkan dengan beberapa peluang namun gagal untuk menambah jaringan.

Perak melengkapkan 3 pertukaran dengan memasukkan Nizad Ayub menggantikan Gilmar Jose Da Silva Filho dan Ibrahim Aziz untuk menggantikan Leandro Dos Santos. Ibrahim Aziz yang jarang-jarang diturunkan dilihat bermain agak baik di posisi tengah. Beliau berjaya membuat beberapa umpanan menarik kepada barisan hadapan tetapi gagal disudahkan dengan baik.

Secara keseluruhannya, Perak bermain secara dominan berhadapan dengan pasukan Kuala Lumpur dan jelas ketara kualiti Liga Super dan Liga Perdana sangat berbeza. Serangan Kuala Lumpur mudah dipatahkan oleh benteng Perak.Khairul Amri juga dilihat lebih banyak berehat dan hanya sekali-sekali diuji. Dengan keputusan ini, Perak semakin selesa di puncak dan sudah semestinya Mehmet Durakovic memiliki perancangan yang cukup teltiti untuk memastikan Perak boleh melangkah jauh dalam saingan Piala Malaysia edisi kali ini.

Likes(2)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2017 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “TM Piala Malaysia 2017 | Perak vs Kuala Lumpur (Result)

  1. sup utara

    salam 1 malaysia..

    komen teman pasal game semalam nampak ok ok dan menarik sedikit... mungkin sbb pemain pemain yg segar diturunkan... dan beberapa pemain utama saja yg beraksi semalam.... nazrin,zaquan,thiago, shahrul saad,gilmar dan leandro... yashir pinto plak main diseparuh masa kedua...

    gk khairul amri.... ok ok mungkin sbb dah 8 bulan tak beraksi dalam saingan liga tempatan sekadar beraksi dalam saingan friendly match... walaupun sekali sekala gol beliau diganggu oleh pihak lawan... dia bijak membaca dan menangkap dengan kemas dan melekat.... tp ada sekali tu dia gagal komunikasi dengan thiago sehingga belage pulak deme .. bola tak dapat kepala thiago yg dia dpt hahaha...

    df idris ..... corak permainan beliau baik tp tak seratus peratus mcm yang kita semua kenal...... rajin overlaping..... tp ketika bertahan agak lemah dalam 20 ke 30 peratus...
    df thiago... mcm biasa dia powe.... susah nak lepas
    df shahrul saad... ok bijak menutup ruang walaupun banyak kali jgkla striker lawan terlepas..... dari kawalan dia......
    df jaszarin.... dia tak sesuai beraksi di posisi defend kiri..... kerap kali lolos tempat dia...... walaupun kawalan bola bagus...tp ada sekali tu dia merbahayakan gawang gol sendiri sebab suka ngantor bola kebelakang..... sdgkan diantara dia dan thiago ada striker lawan...... kurang bijak la kan
    nazrin..... mungkin sebab keletihan.. larian kurang menyengat hantaran kurang dilakukan.... tp rajin...
    zaquan.... semalam totally prestasi dia hambar.....walaupun banyak melakukan larian dan lorongan.... tp hantaran beliau mcm budak sekolah..... suka sgt hanto bola merapu.... ada masalah prestasi ni....hrap harap coach perbaiki dan tegur dia nie........ adakala tamak jugakla gaji mahal jang oiiiii
    leandro.... perghhhh superb player defensive yg sgt baik sehingga memaksa pihak lawan melakukan serangan dari arah sayap sahaja
    kenny.... pemain yg berkualiti tp sayang dia lebih terarah ke pertahanan... tp adakala hantaran hantaran beliau mampu merbahayakan gawang gol lawan...sayang penyerang perak hmmmmm suam suam je smlam
    gilmar.... ok pemain yg rajin bijak mendapatkan bola tinggi....bijak meletakkan diri ditempat yg bersesuaian sehingga menyusahkan defend lwn untuk kawal dia
    hadi yahya.... finisihing sangat hampeh dan barai.... gagal melakukan gerakan diri ketempat yg bersesuaian.... tp hantaran hantaran beliau mmg baik dan menarik......
    .... bagi pemain gantian......
    1. nizad ayob.... kemasukan beliau ibarat tak berfaedah.... mungkin sbb dah lama sangat tak main dalam liga....... nampak gugup.....nampak malu...... tak melakukan percubaan terus walaupun ada peluang.... baru 3 kali beraksi termasuk perlawanan kali nie... perlu diperbaiki dan diberi ruang dengan lebih kerap... kawalan bola agak menarik walaupun kadang kadang kaki tu dah mcm tak kenal bola
    2. ibrahim aziz.... pergh aku respect walaupun 1st time main... dia bnyk duduk disebelah defend kanan.... pihak lawan sukar nak tembusi dan melepasi beliau...... rajin overlaping...tp gagal di baca oleh zaquan..... kalau diberi lagi peluang beraksi..... silap silap dpt main untuk malaysia..... cool dan rileks
    3.yashir pinto..... semua dah tau kan...dia kalau masuk oppenent cukup goyang,,,,rajin,.... lps tu main tak reti dok setempat....... penat defend lawan kome.....btl btl jiwa al qasam....

    Likes(1)Dislikes(0)

Leave a Reply