Liga Super 2017 | Perak vs PKNS FC (Preview)

Liga Super 2017

Sabtu, 5 Aug 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Perlawanan yang ke 19 pasukan Perak kembali bertemu pasukan PKNS di stadium Perak di mana sudah semestinya kejayaan untuk meraih 3 mata penuh di hadapan penyokong sendiri.

Barisan pemain utama yang tidak diturunkan dalam perlawanan saingan Piala Malaysia baru baru ini, diharap dapat memperagakan satu mutu permainan yang segar dan meningkatkan keupayaan masing masing.

Skuad The Bos Gaurus perlu meningkatkan keupayaan di barisan tengah bagi menggerakkan segala bentuk serangan dan bertahan dengan lebih agresif serta kreatif. Di situlah kelemahan yang begitu ketara sehingga menyukarkan pemain di bahagian serangan menerima umpanan umpanan yang baik dan tepat.

Perubahan yang kedua perlu diperbaiki dengan segera adalah tahap komunikasi di antara semua pemain bagi melancarkan perjalanan permainan sepanjang 90 minit. Manakala di bahagian pertahanan perlu diperketatkan lagi bagi memastikan gawang gol pasukan tidak dicerobohi dengan begitu mudah.

PKNS FC tidak boleh dipandang rendah kerana mereka memiliki pelbagai helah untuk memperdaya pasukan lawan walaupun ketiadaan Safie Salee yang direhatkan akibat kecederaan. Harus diingat pasukan Semut Merah ini memiliki ramai pemain di bahagian serangan antaranya Khyreel Muhymeen bekas penyerang kebangsaan, Bobby Gonzales yang juga bekas penyerang Perak serta ramai lagi yang mampu untuk menggalas tugas di nahagian serangan.

Walaupun dalam pertemuan terakhir di antara kedua-dua pasukan, keputusan positif lebih memihak terhadap pasukan Perak namun tidak semestinya cuaca panas di tengahari mampu berkekalan sehingga ke petang.

Barisan pilihan penulis

GK  KHAIRUL AMRI
CB  IDRIS AHMAD
CB  ARIFF ISMAI
LB  NAZIRUL NAIM
RB  AMIRUL AZAHAN
DMF LEANDRO SANTOS
AMF WAN AHMAD SYUKRI
RWM ZAQUAN ADHA
LWM NAZRIN NAWI
ST  YASHIR PINTO
ST GILMAR FILHO.

Likes(3)Dislikes(0)

Leave a Reply