TM Piala Malaysia 2017 | PKNS vs Perak(Result)

Piala Malaysia 2017

Sabtu, 29 Julai 2017
Stadium Shah Alam
9.00 Malam

PKNS 1 – 3 Perak

FB_IMG_1501464886790

Perak mengesahkan laluan ke suku akhir selepas membenam PKNS di Shah Alam Sabtu lalu. Tampil dengan kesebelasan utama kegemaran Mehmet Durakovic, Perak tidak menunggu lama untuk di depan dengan jaringan oleh Yashir Pinto Islami selepas Perak dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 20.

Asakan demi asakan bertali arus oleh pasukan Perak, namun tiada tambahan jaringan di babak pertama. Memasuki separuh masa kedua, PKNS dilihat cuba bangkit namun, diminit ke 61, Nazrin Nawi berjaya menambah jaringan untuk mengukuhkan penguasaan Perak melalui sepakan percuma menarik dari sudut sukar untuk Perak selesa dengan 2 gol di depan.

Pertahanan Perak dilihat berfungsi agak baik dengan mengekang beberapa asakan merbahaya lawan. Derita PKNS bertambah diminit ke 76 selepas Gilmar Jose Da Silva tidak mensia-siakan peluang untuk gol ke 3 Perak. Menuju ke wisel penamat, barulah Patrick Ronaldinho dengan gol saguhati mengurang defisit gol menjadikan kedudukan 1-3.

Dengan kemenangan ini, Perak bergaya layak ke suku akhir selepas PKNP FC berjaya melakukannya sebelum itu. Berbaki satu perlawanan, Mehmet Durakovic dilihat agak lega untuk percaturan seterusnya berkemungkinan akan merehatkan pemain-pemain utama sebagai persiapan menghadapi jadual padat Liga Malaysia selepas ini.

Likes(1)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2017 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

Leave a Reply