TM Piala Malaysia 2017 | Perak vs Kuala Lumpur (Preview)

Piala Malaysia 2017

Selasa, 1.8.2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Perak bakal meneruskan baki saingan peringkat kumpulan TM Piala Malaysia Selasa nanti tanpa sebarang tekanan. Tumpuan kini terarah untuk mempersiapkan tim menghadapi jadual padat Liga Malaysia. Disamping itu, Mehmet Durakovic boleh berkira-kira untuk menurunkan barisan yang lama memanaskan bangku simpanan. Ini lah masanya yang sesuai. Ianya dilihat amat penting untuk memastikan semua pemain relevan untuk diturunkan pada bila-bila masa selepas ini.

Misi Perak untuk Piala Malaysia setakat ini dilihat berada dilandasan yang betul. Bertemu Kuala Lumpur bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka amat-amat memerlukan mata untuk turut mara ke peringkat seterusnya. Biarpun mereka hanya memiliki 2 mata, namun jika mereka berjaya mendapatkan mata penuh dalam baki dua perlawanan sambil mengharapkan Felda United tewas dalam dua perlawanan ini, tidak mustahil Kuala Lumpur akan turut mara ke suku akhir.

Tiada istilah ihsan di Ipoh, Perak dituntut untuk bermain secara total untuk menjaga reputasi baik setakat ini. Moral pasukan berada ditahap terbaik setakat ini, kekelahan malam esok akan mengundang padah. Suasana dalam pasukan boleh berubah dan akan terbawa-bawa dalam siri perlawanan seterusnya.

Sesiapa sahaja yang akan diturunkan, wajib beraksi baik demi menjaga maruhh bolasepak Perak.

Likes(2)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2017 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “TM Piala Malaysia 2017 | Perak vs Kuala Lumpur (Preview)

  1. sup utara

    as salam..... udah lame rasanya tak bagi komen...
    1st yg aku nak komen....... harap apa yang dicadangkan oleh pihak admin supaya mehmet dapat bagi peluang kt pemain simpanan pulak beraksi...... aku setuju 100 peratus...... cuba fikir secara logik pasukan perak udah layak ke peringkat suku akhir.... ini bermakna pasukan perak akan beraksi esok tanpa sebarang tekanan... so tak perlu la kerah tenaga pemain yg sama kan.... harap mehmet ubahla prinsip untuk hanya menggunakan pemain yang sama sampai kiamat....... masa kt selangor mehmet macam tu jgk dari mula dia pegang jawatan coach sampai dia kene pecat... pemain yang sama je dia guna.....

    2nd.... kpd pemain yang dapat peluang beraksi nanti tu.... jgn pula main sambil lewa...
    beraksi la bersungguh sungguh....... beri kan 200 peratus kederat kome......
    3rd...... tahniah sdn........ sbb kekal aktif untuk update artikel artikel bolasepak perak... kalah harus kita hentak menang harus kita puji...... bukan lalang tp kita sayangkan nama negeri tu....

    Likes(3)Dislikes(0)

Comments are closed.