TM Piala Malaysia 2017 | Felda United vs Perak (Result)

Piala Malaysia 2017

Selasa, 18 Julai 2017
Stadium Tun Abdul Razak
9.00 Malam

Felda United  1  -  1  Perak

 

Shahrom Kalam, ketua pasukan Perak menjadi pemusnah segala harapan buat kem pasukan Perak untuk meraih tiga mata berharga malam tadi. Kesilapan yang dilakukan beliau sebagai seorang pemain yang berpengalaman tidak sewajarnya berlaku.

Shahrom Kalam

Rentak permainan pasukan Perak begitu hambar dan amat membosankan. Setiap gerakan serangan dengan mudah dipatahkan oleh pertahanan pasukan tuan rumah. Kelesuan di setiap wajah pemain terpancar jelas ekoran jadual perlawanan yang padat, namun ianya bukanlah alasan yang boleh diterima.

Kombinasi setiap pemain masih lagi tidak memuaskan, posisi tengah pasukan Perak juga bagaikan tidak memiliki idea untuk mendominasi setiap pergerakan. Kerapuhan di bahagian pertahanan sering menjadi persoalan.

Di separuh masa kedua perlawanan ada sedikit peningkatan dalam corak permainan namun ianya belum cukup untuk pasukan Perak menguasai keseluruhan posisi. Mujur Shahrul Mohd Saad yang bijak berada di kedudukan yang tepat untuk menerima umpanan bola dari Gilmar lantas tandukan beliau tepat ke arah penghujung gawang gol di minit yang ke 65.

Namun tragedi ngeri datang kembali apabila dalam keseronokkan meraih gol pembukaan, Shahrom Kalam sekali lagi gagal mengawal bola di kaki beliau lantas pantas disambar Zah Rahan, pemain import pasukan Felda yang terus melakukan larian solo dan menewaskan penjaga gol pasukan Perak di minit ke 67.

Walaupun pasukan Perak sekadar seri di Jengka ianya tidak menggugat kedudukan pasukan Perak untuk terus mengungguli carta Piala Malaysia dengan mengumpul 7 mata diekori pasukan Felda dengan 5 mata.

Barisan kepercayaan Mehmet Durakovic.

GK  HAFIZUL HAKIM
DF  SHAHROM KALAM (K)
DF  AMIRUL AZAHAN
DF  NAZIRUL NAIM
MF SHAHRUL MOHD SAAD
MF LEANDRO DOS SANTOS
MF YASHIR PINTO / HADI YAHYA
MF NAZRIN NAWI / KENNY PALLRAJ
MF NASIR BASHARUDDIN
ST GILMAR FILHO

NOTA : Siaran Langsung di Media Prima

Likes(6)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Piala Malaysia 2017 | Felda United vs Perak (Result)

  1. Fiq

    Assalamualaikum sahabat SDN sekalian, lama tak online..
    Kesilapan yg hampir sama dalam masa 8 hari. Suratan atau kebetulan ni? Mana sikap profesional seorang pemain? Kesilapan yang lepas rata2 penyokong dah pon dimaafkan, sebab beliau tampil mohon maaf dan berjanji tak ulang lagi kesilapan. tapi hakikatnya match away semalam kesilapan yang kononnya takkan berulang dah pun jadi, sekali lagi, hampir sama. Jangan jadi 'Periuk Halal, Nasi Haram'. Shahrol K memang patut direhatkan lepas ni, perlu rotation player (Refreshment player yang rehat panjang). Teman puji Leandro Santos, bertungkus lumus sekat W. Zack walaupun kadangkala carca merba. Kita tengok next game, mohon Shahrol K direhatkan untuk sementara. Kami faham jadual padat, tapi player TBG ni 14 player je ke?sekian, Wassalam

    Likes(1)Dislikes(2)

Leave a Reply