Liga Super 2017 | Perak vs Selangor (Result)

Liga Super 2017

Selasa, 11 Julai 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 malam

Perak 0  - 1 Selangor

Forkey Doe (m 62)

Mutu persembahan pasukan Perak semakin hambar dan membosankan. Ditambah pula dengan keputusan pengadil yang tegas pada malam perlawanan, membuatkan 11 kad kuning dan 1 kad merah berjaya dilayangkan oleh pengadil perlawanan.

Hanya 15 minit perlawanan di separuh masa yang pertama, pasukan Perak berjaya melakukan serangan bertubi-tubi ke arah gawang gol pasukan Selangor namun sayang ke semua percubaan yang dicipta dengan mudah digagalkan oleh penjaga gol mereka Norazlan Razali.

Jelas ketiadaan Shahrul Saad dan Yashir Pinto membuatkan barisan tengah pasukan Perak gagal mencipta gerakan yang lebih kemas dan tersusun.

Dalam kesempatan itu pasukan Selangor juga memiliki peluang yang sama menerusi Forkey Doe di akhir perlawanan di separuh masa yang pertama namun tendangan lencongan beliau buntu untuk menembusi gawang gol pasukan Perak.

Keputusan dramatik terus bermula setelah Andik Irwansyah yang dilayangkan kad merah di separuh masa yang kedua memaksa pasukan Selangor terus tertekan kerana terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain.

Di minit ke 62, Shahrom Kalam yang juga ketua pasukan Perak telah membuat ‘hantaran’ kepada Forkey Doe yang berada berhampiran dengan beliau dan Forkey menggunakan peluang tersebut dengan satu sepakan lambung terus ke arah gawang gol pasukan Perak, di mana kedudukan Hafizul Hakim sudah terperangkap.

Keputusan Perak 0 Selangor 1 terus kekal sehingga ke wisel penamat. Sudah pasti kekalahan kali adalah satu keputusan yang amat memalukan di mana pasukan Perak dibarisi pemain yang berpengalaman mampu ditewaskan oleh barisan muda Selangor. Akibat kekalahan tersebut pasukan Perak terus jatuh tangga ke 6 dengan hanya mampu mengumpul 21 mata dari 15 perlawanan.

Barisan yang diturunkan:

GK  HAFIZUL HAKIM
DF  SHAHROM KALAM(K)
DF  THIAGO JUNIOR
DF  AMIRUL AZAHAN
DF  NAZIRUL NAIM / HADI YAHYA
MF NASIR BASHARUDDIN
MF NAZRIN NAWI / JASZARIN JAMALUDDIN
MF HAFIS KAMAL
MF LEANDRO DOS SANTOS
MF ZAQUAN ADHA
ST GILMAR FILHO

NOTA : SIARAN LANGSUNG DI MEDIA PRIMA

Likes(3)Dislikes(0)

Leave a Reply