Liga Super 2017 | Perak vs Selangor (Preview)

Liga Super 2017

Selasa, 11 Julai 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Perlawanan yang ke 15 dalam pusingan kedua Liga Super, pasukan Perak sekali lagi akan bertemu skuad Red Giant. Sudah pasti pasukan Selangor akan terus memperkemaskan jentera pasukan dan membawa misi membalas dendam ke atas pasukan Perak yang menewaskan mereka ketika perlawanan berlangsung di Stadium Selayang pada pusingan yang pertama.

Pada perlawanan kali ini, Mehmet terpaksa melupakan khidmat dua pemain mereka iaitu Yashir Pinto dan Shahrul Mohd Saad yang di gantung satu perlawanan. Sudah pasti ini agak sedikit merencatkan percaturan taktikal yang bakal dilaksanakan. Namun begitu, ianya tidak boleh di anggap sebagai satu masalah yang besar kerana, ianya juga mampu untuk membuka ruang kepada pemain simpanan yang lain merebut peluang untuk menggantikan posisi yang telah dikosongkan.

Begitupun barisan pemain Perak tidak boleh sesekali memandang rendah dengan keupayaan lawan, walaupun pihak lawan dibarisi barisan yang mentah, mereka mampu melakar kejutan di Ipoh. Malah formasi baru yang telah diterapkan oleh P. Maniam, menampakkan perkembangan yang sangat positif sejak akhir ini.

Barisan Pemain pilihan Penulis:
GK  KHAIRUL AMRI
DF  IDRIS AHMAD
DF  THIAGO JUNIOR
DF  AMIRUL AZAHAN
DF  ARIFF ISMAIL
MF KENNY PALRAJ
MF WAN AHMAD SHUKRI
MF LEANDRO DOS SANTOS
MF NAZRIN NAWI
MF ZAQUAN ADHA
CF GILMAR FILHO.

NOTA : Siaran langsung di Media Prima

Likes(1)Dislikes(0)

Leave a Reply