Liga Super 2017 | Perak vs Felda United (Result)

Liga Super 2017

Sabtu, 22 Julai 2017
Stadium Shah Alam
9.00 Malam

 

PERAK  1  -  0  FELDA UNITED

Yashir Pinto (pen) M-12

Keputusan tepat yang telah dilakukan oleh Mehmet membuahkan hasil, di mana kemenangan yang dicari akhirnya kembali merapati pasukan Perak selaku tuan rumah di venue berkecuali.

Walaupun pasukan Perak menguasai permainan di separuh masa yang pertama, namun hanya di minit ke 12 pasukan Perak sekadar dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya dilaksanakan oleh penyerang import pasukan Perak, Yashir Pinto.

Kemerosotan prestasi pasukan Perak berkemungkinan berpunca daripada keletihan di atas penjadualan yang agak padat di samping pasukan Perak yang terpaksa beraksi 2 perlawanan di luar kawasan Ipoh.

Agak mengecewakan sedikit, di mana barisan pemain Perak acap kali melakukan percubaan-percubaan yang tersasar begitu jauh walaupun memiliki peluang melakukan rembatan di dalam kawasan kotak penalti.

Hafis Kamal pada mulanya mampu merencanakan gerakan-gerakan yang baik dan berkualiti namun prestasi beliau tidak mampu diteruskan sepanjang perlawanan. Seandai perkara sedemikian berterusan, sudah pasti perlawanan seterusnya di Larkin nanti pasukan Perak bakal dijadikan pasukan belasahan.

Barisan pemain yang beraksi:

GK MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM
DF SHAHRUL MOHD SAAD
DF THIAGO JUNIOR
DF AMIRUL AZAHAN
DF NAZIRUL NAIM
MF NASIR BASHARUDDIN (K) / ZAQUAN ADHA
MF MOHD HAFIS KAMAL / KENNY PALLRAJ
MF LEANDRO DOS SANTOS
MF YASHIR PINTO / HADI YAHYA
MF MOHD NAZRIN NAWI
ST GILMAR FILHO

Likes(2)Dislikes(0)

Leave a Reply