Liga Super 2017 | Kelantan vs Perak (Result)

Liga Super 2017

Sabtu, 15 Julai 2017
Stadium Muhammad lV
9.00 Malam

 

Kelantan  0  -  2  Perak

Nazrin Nawi (m 28)
Yashir Pinto(m 80)

Kelantan terus di rundum malang, apabila merekodkan kekalahan kali ketiga berturut turut dalam saingan Liga Super. Kini giliran pasukan Perak terus mengecewakan mereka.

Kemenangan pada perlawanan kali ini juga merupakan kemenangan yang pertama pasukan Perak selepas 8 perlawanan terakhir mereka bertemu dalam saingan yang sama di Kota Bharu.

Pasukan Perak terlebih dahulu berpeluang memiliki gol awal menerusi Nasir Basharuddin yang berjaya melakukan larian solo sehingga mampu untuk menewaskan penjaga gol mereka namun di atas ketangkasan pertahanan pasukan Kelantan berjaya untuk menafikan percubaan tersebut.

Nazrin Nawi yang tidak dikawal mana-mana pemain tuan rumah di minit ke 28, berjaya menerima umpanan yang tepat dari rakan sepasukan dan terus melakukan rembatan deras ke arah penjuru gawang gol pasukan Kelantan.

Di separuh masa kedua, kedua-dua pasukan terus melakukan gerakan-gerakan yang merbahaya namun ke semua percubaan yang dilakukan sia-sia. Gilmar Filho menerima kad kuning setelah dikesan pengadil dengan sengaja merebahkan badan di dalam kawasan kotak penalti lawan.

Pemain gantian Kenny Pallraj, bijak melakukan hantaran pendek yang baik untuk disudahkan oleh Yashir Pinto di minit ke 80. Perak terus kekal di tangga yang ke 6 dan berkongsi mata dengan pasukan di tangga ke 5 iaitu Selangor.

Barisan Pemain yang diturunkan:

GK  HAFIZUL HAKIM
DF  SHAHROM KALAM (K)
DF  THIAGO
DF  AMIRUL AZAHAN
DF  NAZIRUL NAIM
MF LEANDRO SANTOS
MF SHAHRUL SAAD
MF NAZRIN NAWI
MF NASIR BASHARUDDIN
MF YASHIR PINTO
ST GILMAR FILHO

Pengadil Perlawanan : Suhaimi Mat Hassan

 

 

Likes(4)Dislikes(0)

Leave a Reply