Liga Super 2017 | Kelantan vs Perak (Preview)

Liga Super 2017

Sabtu, 15 Julai 2017
Stadium Sultan Muhammad lV,
9.00 Malam

Perlawanan yang ke 16, Pasukan Perak akan bertandang ke Stadium Sultan Muhammad lV. Sudah pasti kedua-dua pasukan memiliki misi yang besar bagi memastikan terus berada kedudukan yang terbaik dalam carta Liga Super 2017.

Sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan sejak 2009 di Kota Baharu sebanyak 8 perlawanan, 2 kali seri dan 6 kali tewas. Mengikut rekod kekalahan terbesar pasukan Perak di Kota Baharu adalah 6 gol tanpa berbalas, iaitu pertemuan pada tahun 2012 ketika dibawah kendalian Norizan Abu Bakar.

Malah di musim ini, perlawanan di antara kedua-dua pasukan di Ipoh, pasukan Perak terus dikecewakan oleh pasukan Kelantan dengan kekalahan 2 – 4, di mana Indra Putra berjaya menjaringkan gol di saat akhir perlawanan dibantu pula hatrik dari pemain import mereka iaitu Ghaddar.

Persoalannya, mampukah Pasukan Perak meraih 3 mata berharga pada pertemuan kali ini?. Mengikut prestasi semasa, pemain-pemain pasukan Perak ibarat berada di tahap yang sangat mendukacitakan. Diharapkan pihak kejurulatihan dapat melakukan perubahan taktikal bagi memastikan kualiti permainan dapat ditingkatkan semula.

Barisan pemain pilihan penulis:

GK  KHAIRUL AMRI
DF  IDRIS AHMAD
DF  ARIFF ISMAIL
DF  NAZIRUL NAIM
DF  AMIRUL AZAHAN
MF  YASHIR PINTO
MF  LEANDRO DOS SANTOS
MF  KENNY PALLRAJ
MF  NIZAD AYOB
MF  NAZRIN NAWI
ST  GILMAR FILHO

Likes(4)Dislikes(0)

Leave a Reply