Liga Super 2017 | Kedah vs Perak (Preview)

Liga Super 2017

Sabtu, 1 Julai 2017
Stadium Darul Aman
9.00 Malam

Ketua Jurulatih pasukan Mehmet Durakovic yakin dengan kehadiran trio import baharu mereka mampu untuk memperkuatkan barisan hadapan pasukan Perak, ditambah pula Pengurus pasukan baharu Ahmad Shahrul Azhar Sofian yang akan memulakan tugasan pada tarikh yang sama dengan perlawanan menentang pasukan Kedah.

Pasukan Perak sudah memulakan latihan pada aidilfitri yang kedua bagi memastikan stamina barisan pemain sentiasa berada di tahap yang terbaik bagi menghadapi perlawanan yang mendatang. Malah barisan penyokong setia mengharapkan agar keputusan positf mampu dikecapi setelah beberapa kali keputusan perlawanan tidak memihak kepada skuad The Bos Gaurus.

Mengikut prestasi kesemua barisan pemain pasukan Perak dalam semua perlawanan persahabatan yang dilalui, corak permainan pemain memiliki sedikit peningkatan dan persefahaman di antara kesemua mereka juga mula menampakkan keputusan yang positif. Persoalan yang sering timbul di setiap bibir penyokong dan peminat adalah mampukah kemenangan yang kedua digapai sepanjang Mehmet menjadi ketua jurulatih pasukan?

Barisan pemain Pilihan Penulis:

GK KHAIRUL AMRI
CB THIAGO JUNIOR
CB ARIFF ISMAIL
RWB AMIRUL AZAHAN
LWB NAZIRUL NAIM
RWM ZAQUAN ADHA
RWM YASHIR PINTO
CDM KENNY PALLRAJ
CAM LEANDRO DOS SANTOS
CM NASIR BASHARUDDIN
ST GILMAR FILHO

NOTA : SIARAN LANGSUNG DI TV 9

Likes(3)Dislikes(0)