Liga Super 2017 | Johor DT vs Perak (Result)

Liga Super 2017

Rabu, 26 Julai 2017
Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus
9.00 Malam

JOHOR DT 2 – 1 PERAK

Kejutan hampir berlaku di Larkin semalam. Kedua-dua pasukan mempamerkan kualiti tersendiri yang selepas itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat-peminat bolasepak tempatan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Larkin bukanlah gelanggang yang mudah untuk mana-mana lawan mendapatkan 3 mata, dan itulah yang berlaku semalam dalam perlawanan yang cukup dramatik. Penulis ada pandangan tersendiri tentang perlawanan semalam.

Separuh masa pertama, kesebelasan utama yang diturunkan oleh kedua-dua pasukan memberi bayangan bahawa kedua-dua pasukan amat memerlukan 3 mata. Bagi Johor DT, ini tempat mereka, mereka mencuba sebaiknya untuk menjaga rekod tanpa kalah mereka di laman keramat ini. Manakala Perak tampil dengan beberapa perubahan. Paling ketara adalah apabila Mehmet Durakovic memperjudikan Hafiz Kamal di bahagian tengah kiri dan meletakkan dua pemain yang memiliki role of play yang sama atau defensive minded iaitu Shahrul Saad dan Leandro Dos Santos di bahagian tengah.

Kehadiran semula Shahrom Kalam semalam memberi impak yang agak baik dan berfungsi baik di babak pertama. Babak pertama, Johor DT dipaksa mengerah tenaga idea untuk menyerang. Ini kerana, sistem pertahanan Perak berfungsi dengan sempurna sekali. Johor DT dilihat gagal memasuki Zon 14 dan terpaksa menyerang dari rusuk kiri dan kanan. Perak cukup compact ketika bertahan, hasil kerjasama itulah yang membuatkan Johor DT buntu mencari jaringan. Kekentalan dan fokus Hafizul Hakim banyak membantu di babak pertama. Apabila sistem pertahanan sempurna, ianya sekali gus menyukarkan pihak lawan untuk menjaringkan gol, tiada percubaan jauh yang merbahaya dan tiada percubaan padu yang berjaya dilepaskan.

Babak pertama, tahap fokus Perak ketika bertahan amat baik sekali. Manakala Johor DT cukup dominan tetapi belum cukup untuk menerobos gawang Perak. Perak sekali sekala cuba melakukan counter attack, tetapi ianya tidak cukup pantas untuk mendapatkan gol padang. Hasil usaha keras dengan corak bertahan yang mantap, Hafiz Kamal membayar dengan gol sepakan percuma yang sangat berkualiti disaat-saat akhir babak pertama. Sekali gus, merentap semangat Johor DT sebelum rehat. Fragile Lead oleh Perak dilihat belum cukup, kerana masa masih berbaki 45 minit.

Separuh Masa Kedua. Seperti diramalkan, Johor DT akan sedaya nya mencari gol penyamaan. Belum sempat Perak mendapatkan rentak, tuan rumah dihadiahkan gol oleh Hafizul Hakim yang melakukan keslapan asas dalam megeluarkan bola dari kawasan bahaya. Kesilapan ini sekali gus melanggar prinsip asas yang sepatutnya tidak berlaku. Tempo permainan sama sekali berubah selepas itu.

Selepas itu, sistem pertahanan Perak dilihat agak rapuh. Mula kelihatan ruang-ruang kosong diantara pertahanan dan tengah yang di babak pertama ianya tidak berlaku. Faktor inilah menyebabkan Johor DT berjaya lolos untuk mendapatkan gol kedua. Dengan gol kedua itu, Perak dilihat semakin terdesak untuk mencari penyamaan. Kemasukan 3 pemain gantian berjaya mengubah sedikit rentak permainan. Beberapa siri serangan berjaya melepasi pertahanan lawan tetapi tidak cukup untuk mendapatkan gol.

Secara keselurahannya, Perak bermain baik terutama dibabak pertama biarpun hanya bertahan kerana sistem yang diamalkan boleh dijadikan contoh untuk diamalkan dalam perlawanan akan datang. Semua pemain cukup agresif untuk mengekang kemaraan lawan. Juga, bantuan daripada 4 pemain tengah termasuk Hafiz Kamal dan Nasir Basharuddin membuatkan sistem pertahanan itu berfungsi dengan baik. Kelemahan Perak dihidu dibabak kedua. Memaksa kesilapan individu untuk mendapatkan gol penyamaan dan memanfaatkan ruang untuk gol kedua oleh pasukan Johor DT.

Likes(4)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2017 and tagged , , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Liga Super 2017 | Johor DT vs Perak (Result)

  1. YB

    Apapun Tahniah kepada JDT kerana menang dgn Perak semalam. Terima kasih kepada keeper Perak Hafizul Kasim Baba yg menampan... ehh. memberikan bola kepada pemain lawan iaitu Fadli Shah utk menjaringkan gol. Takpe chor.. mike baru main bola beberapa bulan je kan? Faham faham mesti masih tak pandai lagi tangkap bola ataupun tampan keluar kotak penalti. Dont worry... fans Perak semua memahami. Utnuk gol kedua terima kasih kepda pengadil bertaraf dunia yg membenarkan jaringan itu berlaku sebab dlu biasa tengok liga Ulu Bernam dgn Liga Kg Sabak... situasi gitu referee mmg tiup wisel offside... takpe2..maybe ni peraturan baru yg ada kat Mesia gamaknya.. apapun Liga Kita Acuan Kita..apa pasey nak ikut law orang asing pulak....yetak? Sekian saje komen teman kali ni dgn ucapan.. JANGAN SENTAP CHOR... TAK TAHAN GURO DOK SURO... kahkahkah

    Likes(3)Dislikes(0)

Leave a Reply