TM Piala Malaysia | Saingan Dalam Kumpulan B

Kumpulan B : Perak, Felda United, PKNS FC dan Kuala Lumpur

Perak. Sebuah pasukan yang berada ditahap ‘ok’ setiap musim. Merancang untuk ‘play save’ dalam Liga Super bagi menjaga rekod sebagai pasukan yang tidak pernah jatuh ke liga bawahan. Bagaimana pun, musim 2017 seolah-olah bakal mencipta sesuatu yang luar biasa, tapi malangnya, ianya masih ‘biasa’. 12 perlawanan liga berjaya seri sebanyak 5 kali dan tewas 3 kali, sekadar di tangga ke 5 liga TETAPI, 17 mata bukanlah sesuatu yang mendukacitakan kerana hanya 4 mata membezakan Perak dengan penghuni tangga kedua liga iaitu Pahang.

Bercakap mengenai Piala Malaysia, Perak sudah lama tidak merasai nikmat sebenar Piala Malaysia. Felda United, PKNS dan Kuala Lumpur bukanlah lawan yang terhebat untuk ditumbangkan berbanding bintang-bintang yang ada dalam pasukan Perak. Kehadiran Mehmet Durakovic dalam pasukan masih belum mencetuskan apa-apa setakat ini, adakah Piala Malaysia menjadi sasaran beliau? 22 bolos dalam 12 perlawanan sudah memadai untuk ceritakan kerapuhan pertahanan Perak. Terlalu banyak ‘homework’ untuk Mehmet jika ingin menjulang piala kali ini bersama Perak. Kita nantikan hasilnya nanti.

Felda United. Pasukan yang agak kepenatan musim 2017 ini. Mereka terpaksa beraksi dalam AFC Cup dan prestasi mereka dalam Liga Super amat merisaukan. Hanya 3 kemenangan terhasil setakat ini. Piala Malaysia kali ini mungkin akan diharungi dengan agak tertekan dengan masalah konsistensi yang mereka hadapi ketika ini. Jika kena dengan gayanya, mereka lah pesaing terhebat untuk Kumpulan ini. Kombinasi muka lama dan baharu dalam pasukan boleh mencipta sesuatu diluar jangkaan. Barangkali, Piala Malaysia akan menjadi titik tolak kebangkitan mereka nanti.

PKNS FC. Dianggap sebagai calon-calon untuk mara ke suku akhir. Kenapa? Ini kerana, jika mereka berjaya atasi masalah di bahagian pertahanan, mereka akan bangkit. PKNS adalah antara pasukan yang banyak menjaringkan gol dalam Liga Super dengan 22 gol selepas 12 perlawanan. Tetapi, malangnya, mereka agak gopoh di bahagian pertahanan, bolos 25 gol meletakkan mereka ditangga ke 9 liga ketika ini.

Kuala Lumpur. Sudah lama kita kehilangan Kuala Lumpur dalam bolasepak berprestij. Dilabelkan sebagai ‘underdog’ dan tiada tekanan ke atas mereka. Sebaliknya, mereka akan merisaukan 3 lagi pasukan dalam kumpulan ini. Kuala Lumpur cukup serius musim ini untuk merebut slot ke Liga Super 2018. Mereka agak konsisten dalam Liga Premier merekodkan 20 Gol dan 12 bolos selepas 12 perlawanan. Inilah duri dalam daging yang harus dimasukkan dalam ‘checklist’ perisikan 3 lagi pasukan. Keupayaan mereka boleh menjadi luar biasa dan sukar diramalkan.

Likes(0)Dislikes(0)