Liga Super 2017 | T-Team vs Perak (Result)

Liga Super 2017

Sabtu, 6 Mei 2017
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
9.00 Malam

 

T-Team  3  -  0  Perak

Prestasi pengendali pasukan Mehmet Durakovic terus dipertikai. Prestasi barisan pemain yang diturunkan terus menjadi persoalan yang sangat besar. Prestasi corak permainan juga terus menjadi tanda tanya di setiap bibir penyokong setia skuad The Bos Gaurus.

Hadi Yahya yang mengetuai bahagian serangan jelas sekali tiada fungsi dan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada barisan pertahanan skuad T-Team malah kombinasi barisan pemain yang diturunkan juga gagal memberi cabaran kepada penjaga gol mereka.

Gol pertama buat pasukan tuan rumah hadir di minit ke 9, hasil kesilapan Yashir Pinto melakukan kesilapan dalam membuat hantaran. Mohammadou Samassa bijak menghidu peluang dengan melakukan rembatan rendah dan deras untuk menewaskan Hafizul Hakim.

Corak permainan kedua dua pasukan di separuh masa pertama agak membosankan sehingga kerap kali cubaan cubaan dilakukan tersasar jauh. Walaupun selepas jaringan pertama T-Team berjaya dilaksanakan, pasukan Perak menguasai sebahagian dari perlawanan namun ketumpulan di bahagian serangan membuatkan pasukan Perak gagal memiliki peluang untuk melakukan percubaan terus.

Sebaik babak kedua bermula, T-Team terus menguasai perlawanan dan terus mengasak ke kubu pasukan Perak. Amirul Azahan pemain pertama perlawanan dilayangkan kad kuning akibat mengasari pemain sayap mereka.

Sewajarnya pasukan T-Team mampu untuk menambah jaringan namun di atas kecekapan Hafizul Hakim menangkis 3 percubaan berturut turut oleh beliau. Selepas beberapa minit Hadi Yahya pemain yang kedua pula dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain pertahanan T-Team.

Mehmet melakukan 3 pertukaran di separuh masa kedua, Faton Toski, Zaquan Adha dan Yashir Pinto dikeluarkan dan dimasukkan Ahmad Khairil Anwar, Mirchev dan Kenny Pallraj. Namun begitu corak permainan pasukan Perak tetap di tahap yang sama.

Diminit ke 72 dan 76, pasukan tuan rumah berjaya menghukum kealpaan barisan benteng pasukan Perak. 2 gol tersebut berjaya dijaringkan oleh pemain pertahanan Amir Zafran dan penyerang import mereka Farhod Tadjiev.

Barisan pemain yang diturunkan

GK HAFIZUL HAKIM
DF SHAHRUL SAAD
DF THIAGO JUNIOR
DF NAZIRUL NAIM
DF AMIRUL AZAHAN
MF NASIR BASHARUDDIN(K)
MF FATON TOSKI / AHMAD KHAIRIL ANWAR
MF HAFIS KAMAL
ST ZAQUAN ADHA / MIRCHEV
ST YASHIR PINTO / KENNY PALLRAJ
CF HADI YAHYA.

NOTA : SIARAN LANGSUNG DI MEDIA PRIMA.

Nota: Pihak SDN akan menutup halaman ini sehingga tarikh yang akan diputuskan kemudian pada 9 May 2017 sebagai protes kepada prestasi TERBURUK pasukan PERAK dalam LIGA SUPER 2017.

Likes(2)Dislikes(0)

Leave a Reply