Liga Super 2017 | T-Team vs Perak (Preview)

Liga Super 2017

Sabtu, 06 Mei 2017
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
9.00 Malam

Perlawanan yang pertama di pusingan kedua skuad The Bos Gaurus perlu berhati hati dengan kebangkitan prestasi yang telah dipamerkan barisan muda skuad Titans.

Skuad T-team kini berada di tangga yang ke 8 dengan mengumpul 10 mata setelah dipotong 6 mata setelah dihukum akibat masalah tunggakan gaji pemain, manakala pasukan Perak pula sekadar mampu mengumpul 17 mata untuk berada di tangga ke 4 carta Liga selepas 11 perlawanan.

Perlawanan yang terakhir di mana pasukan Perak sekadar mampu seri ke atas pasukan Kedah. Bagi pasukan T-Team pula mampu meraih 3 mata dengan menewaskan pasukan Selangor 1 gol tanpa balas. Perlawanan di antara pasukan Perak dan T-Team di Ipoh pada perlawanan yang ke 9, Perak bernasib baik berjaya memiliki 1 mata di atas kealpaan pemain gantian mereka melakukan kesilapan sehingga menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Perak.

Keyakinan barisan penyokong setia skuad Perak terhadap prestasi Mehmet semakin luntur apabila kegagalan meningkatkan mutu permainan pasukan kearah yang lebih positif sehingga perlawanan terakhir barisan pemain yang diturunkan pula tidak dapat menerapkan prestasi yang sepatutnya.

Mampukah Mehmet memastikan barisan pemain kegemaran beliau beraksi dengan baik? Mampukah prestasi mereka terus meningkat? Mampukah kemenangan digapai pada perlawanan kali ini? Penyokong sekadar mampu bertanya namun jawapan hanya ada kepada mereka yang terlibat.

Barisan Pilihan Penulis

GK KHAIRUL AMRI
CB ARIF ISMAIL
CB IDRIS AHMAD
RWB AMIRUL AZAHAN
LWB NAZIRUL NAIM
DMF THIAGO JUNIOR
AMF MOHD NORHAKIM ISA
RMF MUHAMMAD RIDZUAN AZLY
LMF NAZRIN NAWI
ST ZAQUAN ADHA
ST YASHIR PINTO.

Likes(3)Dislikes(0)