Liga Super 2017 | Perak vs Sarawak (Preview)

Liga Super 2017

Rabu, 24 Mei 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Perlawanan yang ke 13 dan terakhir sebelum Liga direhatkan bagi menghormati bulan Ramadhan. Di pusingan yang pertama pada bulan lepas, ketika pasukan Perak bertandang ke Stadium Kuching kedua dua pasukan sekadar seri 3 sama. Sudah pasti perlawanan kali ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih menarik bagi memastikan 3 mata penuh dapat diperolehi buat kedua dua pasukan.

Namun begitu, perbagai persoalan yang timbul dalam kem pasukan Perak The Boss Gaurus, masih lagi samar samar mengenai kemampuan pasukan ini untuk terus berada di landasan yang baik. Ketumpulan di bahagian serangan, kurang kreatif di bahagian tengah serta kelemahan yang begitu ketara di bahagian pertahanan. Situasi sedemikian mungkin sedikit menyukarkan misi mencari 3 mata buat tuan rumah.

Walaupun pasukan Sarawak kini berada di 2 tangga terbawah, ini tidak bermakna pasukan Sarawak tidak mampu untuk melakukan kejutan dan tidak mustahil untuk mereka membawa pulang 3 mata. Pada perlawanan terakhir buat pasukan Sarawak, mereka mampu untuk mengikat pasukan Selangor di laman sendiri. Ini membuktikan kebangkitan pasukan Sarawak tidak boleh dipandang ringan oleh mana mana pasukan yang bertanding.

Kesebelasan Utama pilihan penulis

GK KHAIRUL AMRI
DF ARIFF ISMAIL
DF IDRIS AHMAD
DF AMIRUL AZAHAN
DF NAZIRUL NAIM
MF KENNY PALLRAJ
MF NORHAKIM ISA
MF NASIR BASHARUDDIN (K)
MF NAZRIN NAWI
ST ZAQUAN ADHA
ST YASHIR PINTO

NOTA : SIARAN LANGSUNG DI MEDIA PRIMA

Likes(4)Dislikes(0)