Liga Super 2017 | Sarawak vs Perak (Result)

Liga Super 2017

Sabtu, 15 April 2017
Stadium Negeri, Sarawak
8.15 Malam

Sarawak 3 – 3 Perak

Pasukan Perak terus kempunan untuk merangkul 3 mata yang berharga pada perlawanan kali ini. Perlawanan yang terakhir juga pasukan Perak sekadar mampu seri ketika melayan kunjungan pasukan T-Team di Ipoh.

Tidak dapat dinafikan, pasukan Perak kembali menemui rentak untuk menjaringkan gol tetapi penurunan prestasi di bahagian pertahanan jelas menampakkan kelemahan yang ketara sehingga merencatkan segala usaha pemain serangan yang berjaya mencipta gol untuk memperoleh kemenangan.

Matteo Roskam yang gagal dikawal pertahanan tengah pasukan Perak berjaya menjaringkan gol pertama Sarawak di minit yang ke 9 berpunca dari hantaran silang hasil kesilapan Jaszarin pertahanan kiri pasukan Perak yang tidak dapat mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya.

Tersentap dengan jaringan tersebut pasukan Perak kembali melakukan gerakan gerakan menarik dan hasilnya pasukan Perak dihadiahkan sepakan penjuru. Faton Toski berjaya menjaringkan gol di minit ke 17 berpunca dari tandukan Thiago Junior ke arah beliau.

Selepas kedudukan 1-1, pasukan Perak terus melancarkan serangan yang menarik dan giliran Hafis Kamal pula berjaya mencipta nama sebagai penjaring di minit ke 19.

Pasukan Sarawak yang tidak mahu terus ketinggalan kembali melakukan gerakan pantas dan berselang 2 minit kemudian giliran pemain pertahanan, Hairol Mokhtar meledak gol setelah gagal dikawal oleh pemain pertahanan pasukan Perak di minit ke 21 melalui sepakan percuma setelah Jaszarin melakukan kekasaran.

Sebaik babak kedua bermula, Sarawak tidak lagi memberi ruang kepada pasukan Perak untuk mengawal perlawanan. Hasilnya di minit yang ke 49, Abdul Rahim Abdul Razak berjaya mengambil peluang menjaringkan gol setelah Jaszarin sekali lagi melakukan kawalan yang lemah ke atas pemain sayap Sarawak.

Hadi Yahya berjaya mengumpul gol peribadi yang ke 2 buat musim ini apabila di minit ke 73, beliau melakukan rembatan deras setelah menerima hantaran tepat daripada Mirchev. Selepas kedudukan terikat 3-3, kedua dua pasukan sekadar mampu melakukan gerakan-gerakan liar dan kembali tumpul untuk mencipta jaringan gol.

Barisan pemain yang diturunkan:

GK HAFIZUL HAKIM
DF SHAHRUL SAAD
DF SHAHROM KALAM(K)
DF IDRIS AHMAD
DF JASZARIN JAMALUDDIN
MF THIAGO JUNIOR
MF ZAQUAN ADHA / NAZRIN NAWI
MF HAFIS KAMAL / VLADISLAV MITKOV MIRCHEV
MF YASHIR PINTO
ST FATON TOSKI / AHMAD KHAIRIL ANWAR
ST HADI YAHYA

Likes(2)Dislikes(0)

Leave a Reply