Liga Super 2017 | Sarawak vs Perak (Preview)

Liga Super 2017

Sabtu, 15 April 2017
Stadium Negeri, Sarawak
8.15  Malam

Tiada pilihan selain kemenangan sahaja harus dimiliki pada perlawanan kali ini. Seandainya seri atau tewas di tangan pasukan Sarawak, sudah pasti kedudukan pasukan di dalam carta liga akan terus ditinggal jauh dengan pendahulu carta.

Untuk perlawanan yang ke 10 ini, Mehmet Durakovic perlu melakukan perubahan taktikal dan pemain terutama di bahagian pertahanan dan serangan. Jelas penyerang import pasukan iaitu Mirchev tidak berfungsi dengan sepatutnya begitu juga di bahagian pertahanan Jaszarin dan Shahrom Kalam yang kini berada di tahap prestasi yang sangat mendukacitakan.

Sudah tiba waktunya, pengendali pasukan memberi kepercayaan kepada beberapa pemain yang baharu untuk digantikan dengan kesebelasan utama yang sering diturunkan. Pasukan Perak memiliki seramai 3 pemain di bahagian penjaga gol,10 pemain di bahagian pertahanan, 13 pemain di bahagian tengah dan 4 pemain di bahagian penyerang namun sayang setiap perlawanan hanya pemain yang sama diturunkan walaupun prestasi pemain itu berada di tahap yang memalukan.

Stamina barisan pemain juga agak jelas semakin menurun seolah olah tidak memiliki keupayaan untuk beraksi dengan konsisten dalam 90 minit perlawanan. Kesefahaman di antara barisan pemain juga jelas tidak menampakkan sebarang peningkatan.

Sewajarnya Mehmet perlu merombak barisan pemain untuk diturunkan bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kini pasukan Perak ketinggalan 5 mata dengan pendahulu carta Liga Super 2017 selepas 9 perlawanan.

Barisan pilihan penulis

GK KHAIRUL AMRI
DF IDRIS AHMAD
DF ARIF ISMAIL
DF AMIRUL AZAHAN
DF K.SHATIYA
MF NORHAKIM ISA
MF SHAMAR FADZIL
MF KHAIRIL ANUAR
MF NAZRIN NAWI
MF YASHIR PINTO
ST ZAQUAN ADHA

Likes(4)Dislikes(0)

Leave a Reply