Liga Super 2017 | Perak vs T-Team (Result)

Zemanta Related Posts Thumbnail

Sabtu, 8 April 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

 

Perak  2 – 2 T-Team.

Setelah sebulan berehat, Mehmet Durakovic pengendali pasukan Perak The Bos Gaurus gagal mencorakkan taktikal dengan berkesan, malah barisan pemain yang sama diturunkan oleh beliau tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang wajar.

Yashir Pinto penyerang kebangsaan Palestin itu berjaya meledakkan gol pertama buat pasukan tuan rumah di minit ke 12 dari sudut yang sukar hasil hantaran menarik dari rakan sepasukan. Namun begitu setelah mendahului 1 gol di hadapan, jelas barisan penyerang pasukan Perak gagal menyudahkan beberapa peluang yang terhidang.

Pemain pasukan Perak gagal meneruskan rentak permainan yang konsisten selepas 30 minit perlawanan berlangsung. Malah barisan pertahanan pasukan yang diketuai oleh Shahrom Kalam yang juga ketua pasukan Perak kerap kali tertewas untuk mengawal setiap gerakan pemain lawan. Mujur penyerang pasukan T-Team sering melakukan rembatan yang jauh tersasar dari gawang gol pasukan Perak.

Sebaik babak kedua bermula, pasukan pelawat terus mengawal keseluruhan perlawanan sehingga meneggelamkan corak permainan pasukan Perak. Akhirnya Dilshod Sharofetdinov pemain berasal dari Uzbekistan yang tidak dikawal berjaya menceriakan penyokong mereka dengan menjaringkan gol di minit ke 49 hasil hantaran silang yang mengelirukan barisan pertahanan pasukan Perak.

Pasukan Perak melakukan 2 pertukaran serentak Shahrul Mohd Saad dan Zaquan Adha dikeluarkan dan memasukkan Nasir Basharuddin dan Ahmad Khairil Anwar bagi memastikan corak pemainan pasukan Perak kembali segar. Namun begitu ianya belum cukup untuk menyaingi pasukan pelawat.

Dalam keghairahan pasukan Perak melakukan serangan ke kubu lawan, Mohd Fakhrurazi Musa menghukum pertahanan pasukan Perak di minit ke 71. Jelas jaringan itu membuktikan kelemahan barisan pertahanan pasukan Perak yang perlu dirombak. Pasukan melakukan pertukaran yang terakhir, di mana mengeluarkan penyerang Import pasukan Mirchev dan memasukkan Hadi Yahya.

Perlawanan yang seakan tidak lagi memihak kepada pasukan Perak namun pemain gantian pasukan pelawat menghadiahkan sepakan penalti setelah bola terkena tangan beliau di dalam kawasan kotak penalti. Hadi yahya yang juga pemain gantian pasukan Perak tidak mensia-siakan peluang yang diberi berjaya menyempurnakan sepakan penalti di minit ke 90+5. Pasukan Perak jatuh satu anak tangga dengan hanya mampu mengumpul 15 mata dan bekedudukan di tangga yang ke 5 selepas 9 perlawanan.

Barisan Pemain yang diturunkan:

GK HAFIZUL HAKIM
DF SHAHROM KALAM
DF THIAGO JUNIOR
DF JASZARIN JAMALUDDIN
DF AMIRUL AZAHAN
MF ZAQUAN ADHA  / AHMAD KHAIRIL ANWAR 
MF HAFIS KAMAL
MF YASHIR PINTO
MF FATON TOSKI
MF SHAHRUL MOHD SAAD / NASIR BASHARUDDIN
ST VLADISLAV MITKOV MIRCHEV / HADI YAHYA

NOTA : SIARAN LANGSUNG DI TV3 (MEDIA PRIMA)

 

Likes(2)Dislikes(0)