Liga Super 2017 | Perak vs T-Team (Preview)

Zemanta Related Posts Thumbnail

Sabtu, 8 April 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Perlawanan ke-9 saingan Liga Super 2017 bermula setelah hampir sebulan liga dihentikan. Pasukan Perak kini mengumpul 14 mata dan berada di kedudukan ke 4 carta, manakala pasukan T-Team, berada di kedudukan yang ke-8 dengan mengumpul 9 mata.

Namun begitu pasukan Perak perlu berhati hati dan tidak memandang rendah terhadap keupayaan pasukan pelawat walaupun bermain di tempat sendiri.

Sudah pasti kedua-dua pasukan ingin meneruskan misi mengumpul 3 mata penuh. Para penyokong juga amat mengharapkan barisan pemain yang bakal menggalas cabaran pada perlawanan kali ini dapat memperagakan mutu persembahan yang menarik dan berkualiti.

Tidak dinafikan pasukan T-Team memiliki barisan pemain yang berkualiti serta kepantasan larian dan hantaran yang baik berbanding pemain pasukan Perak.

Pasukan Perak sebagai tuan rumah, tidak harus mempersiakan peluang untuk mengutip 3 mata penuh di halaman sendiri bagi memastikan jurang mata tidak terus ketinggalan dengan pasukan yang berada di puncak carta.

Mehmet Durocovic perlu memastikan barisan pemain yang diturunkan, berada dalam keadaan yang terbaik. Apa yang membimbangkan kini ialah prestasi pemain pasukan Perak sejak di bawah kendalian Mehmet Durakovic agak menurun dari semua aspek sehingga gagal meningkatkan mutu hantaran dan permainan. Sekiranya perkara sedemikian gagal diperbaiki sudah pasti kedudukan pasukan Perak dalam liga akan terus goyah.

Barisan Kesebelasan Utama Pilihan Penulis :

GK  Khairul Amri
DF  Arif ismail
DF  Idris Ahmad
DF  Amirul Azahan
DF  Thiago Junior
MF  Kenny Pallraj
MF  Khairil Anuar
MF  Nazrin Nawi
MF  Norhakim Isa
ST  Zaquan Adha
ST  Yashir Pinto

NOTA : Siaran Langsung di TV3 Media Prima

Likes(3)Dislikes(0)

Leave a Reply