Piala FA 2017 | Perak vs Kedah (result)

Piala FA 2017

Sabtu 11 Mac 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Perak 0 – 2 Kedah

Maruah pasukan Perak tercalar setelah ditewaskan di laman sendiri dengan 2 gol tanpa balas. Namun begitu, suasana penyokong kedua-dua pasukan begitu harmoni sehingga nyanyian ‘terima kasih penyokong Perak‘ yang didendangkan oleh penyokong pelawat.

Sebaik bermula tiupan wisel, pasukan Kedah terus mengorak langkah dan mengawal setiap sudut padang dan terus melakukan serangan ke arah gawang gol pasukan Perak. Hasilnya pada minit ke 28, Zachary Michael Anderson berjaya menanduk masuk selepas menerima hantaran sepakan penjuru yang cantik.

Jelas sepanjang perlawanan posisi tengah pasukan Perak yang dikawal oleh Faton,  Hafiz dan Shahrul gagal merangka gerakan dan mengawal dengan berkesan. Tersentap dengan kelemahan tersebut Mehemet Durocovic terpaksa melakukan sedikit perubahan di posisi tersebut di mana mengeluarkan Shahrul Mohd Saad dan memasukkan Nasir Basharuddin.

2 minit baki perlawanan separuh masa yang pertama giliran Ken Ilso Larsen pula menambah derita skuad Perak dengan menjaringkan gol bermula dengan hantaran silang yang gagal dihalang barisan pertahanan pasukan Perak.

Di separuh masa kedua sebaik Yashir Pinto dilayangkan kad kuning, beliau digantikan dengan pemain sayap iaitu Nazrin Nawi. Jelas rentak permainan pasukan Perak masih lagi tidak bermaya, malah corak hantaran dari barisan pemain juga tidak tepat untuk diterima rakan sepasukan.

Ahmad Khairil Anuar atau lebih dikenali sebagai Beto buat pertama kalinya diturunkan dengan menggantikan Faton Toski yang jelas seperti dalam keletihan. Kemasukan Beto, posisi tengah menampakkan sedikit perubahan dari segi kawalan dan hantaran.

Dalam kerancakkan pasukan Perak melancarkan serangan, malang terus menyelubungi pasukan Perak yang telah melakukan 3 pertukaran di mana pemain pertahanan kiri, Nazirul Naim terpaksa diusung keluar akibat mengalami kecederaan teruk. Akibat beraksi dalam suasana yang tertekan, Jaszarin pula dilayangkan kad kuning akibat terpaksa mengasari pemain lawan dari terus menambah jaringan.

Perak terpaksa akur, musim ini masih lagi belum mampu untuk melangkah lebih jauh sekurang kurangnya menyamai rekod musim lepas di mana pasukan Perak ketika di bawah kendalian jurulatih muda iaitu Shamsul Saad berjaya beraksi sehingga ke peringkat separuh akhir. Jelas pemain Perak tidak memiliki stamina yang baik untuk beraksi sepanjang 90 minit.

Pengadil Perlawanan : Muhammad Nazmi Nasarudin

Barisan Pemain yang diturunkan

GK Hafizul Hakim
DF Jaszarin Jamaluddin
DF Nazirul Naim
DF Thiago Junior
DF Shahrom Kalam
MF Hafis Kamal
MF Shahrul Saad / Nasir Basharuddin
MF Faton Toski / Ahmad Khairil Anwar
MF Yashir Pinto / Nazrin Nawi
MF Zaquan Adha
ST Vladislav Mitkov Mirchev.

Likes(8)Dislikes(0)