Piala FA 2017 | Perak vs Kedah (preview)

Zemanta Related Posts Thumbnail

Sabtu 11 Mac 2017
Stadium Perak, Ipoh
9.00 Malam

Saingan Piala FA pusingan ke 3, Perak akan menerima kunjungan pasukan Kedah yang digelar skuad Helang Merah, dalam saingan kalah mati. Dikhabarkan juga penyokong dan peminat setia skuad Kedah dijangka hampir 5000 orang akan membanjiri Stadium Perak pada perlawanan tersebut.

Mengikut prestasi terkini buat kedua-dua pasukan baik di atas kertas mahupun di atas padang, jelas tanpa mampu untuk dinafikan bahawa skuad Kedah lebih bersedia untuk membawa cabaran ini berbanding pasukan Perak. Pasukan Kedah memiliki gaya permainan yang menarik dan pantas serta kualiti hantaran yang tepat diadunkan pula dengan corak permainan yang agresif. Ini membuatkan pasukan lawan akan berada dalam dilema untuk merantai setiap pemain mereka dari terus mara ke kawasan kotak penalti untuk mencipta jaringan.

Prestasi pasukan Perak pula agak menyuramkan sejak kehadiran Mehmet Durakovic dan corak permainan pasukan belum mampu menampakkan sebarang peningkatan malah penurunan dari segi taktikal dan stamina yang jelas terpancar dari riak wajah pemain yang diturunkan sepanjang perlawanan berlangsung. Ketumpulan di bahagian serangan pasukan Perak juga agak membimbangkan dan jika tiada perubahan dilakukan adalah sukar untuk anak didik Mehmet melangkah ke pusingan seterusnya.

Namun begitu, kemenangan pasti akan digapai oleh sesebuah pasukan itu sekiranya barisan pemain yang turunkan beraksi dengan penuh disiplin dan mengikut segala arahan jurulatih. Manakala kekalahan akan pasti menghimpit pasukan yang memiliki barisan pemain di mana sekadar beraksi seperti melepaskan batuk di tangga.

Barisan pemain pilihan Penulis

GK Khairul Amri
DF Arif Ismail
DF Idris Ahmad
DF Jaszarin Jamaluddin
DF Nazirul Naim
MF Kenny Pallraj
MF Faton Toski
MF Nasir Basharuddin
MF Mohd Nor Hakim Isa
MF Yashir Pinto
ST Zaquan Adha

Nota : Siaran Langsung Di TV9

Likes(8)Dislikes(0)

One thought on “Piala FA 2017 | Perak vs Kedah (preview)

Comments are closed.